23Februari2020

Agenda Daily

PAS timbul hudud bukan untuk laksana tapi tujuan pilihanraya-Zaid Ibrahim

zaid70xxPresiden parti KITA, Datuk Mohd Zaid Ibrahim yakin hukum hudud tidak akan dilakanakan sama sekali sekalipun masih dicanangkan oleh PAS Kelantan. Beliau mendakwa PAS menimbulkan kembali soal hudud itu demi menarik semula sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya mahu melaksanakan hukum berkenaan.

Katanya elok PAS menumpukan pada perkara yang lebih mustahak.

Zaid menyatakan demikian kepada wartawan selepas menyampaikan ceramah di kediamannya, di Kota Bharu Sabtu malam.

Menyentuh tentang parti pimpinannya,Zaid  berkata  KITA boleh bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal tertentu, tetapi tidak akan menyertai parti tersebut.
 
 "Walaupun KITA tidak pernah ditawarkan menyertai BN tetapi yang penting kita boleh bekerjasama dengan BN atau mana-mana parti lain untuk rakyat kecuali pada pilihan raya dan perkara yang menyentuh dasar.

 "Apa pun, KITA tidak akan menyertai sebagai parti komponen BN yang sudah besar jika ditawar sekalipun," katanya

Mohd Zaid berkata KITA juga sudah bersedia menyertai pilihan raya umum walaupun belum menyiapkan senarai calon yang akan bertanding.

Beliau berharap calon KITA dapat diterima baik terutama di Kelantan, bagi memberi ruang membetulkan kesilapan PAS yang gagal membangunkan negeri itu sejak mentadbir pada 1990.

"KITA mahu melonjakkan kembali ekonomi Kelantan agar negeri ini kembali kukuh seperti dahulu dengan soal-soal rakyat seperti masalah air dan pekerjaan diberi keutamaan," katanya.-2/10/2011


 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 371  tetamu dalam talian