18Ogos2019

Azmin perlekeh Mustapa Ali di twitternya....

azmintwittermustapa513Isu teguran, ingatan atau 'warning' dari Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapa Ali terhadap kenyataan orang kuat PKR Azmin Ali buka babak baru semalam selepas Azmin buat komen yang pedas di twitternya.

Dalam jawapan kepada satu pertanyaan mengenai kritikan Mustapa itu, Azmin dalam nada menyindir berkata, "faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah,".

Sebelum itu, seorang pengguna tweet dengan nama @hisomudin komen dengan berkata "Mustapha Ali ali dakwa YB akn mengelirukn rakyat behbg MB Selangor. Kenyataan beliau lagi mengelirukn! Just my opinion!" tulisnya.

Selain itu, Azmin juga RT tweet Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohamad Akin yang menyindir Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.

Kata Shamsul,"RT @shamsuliskandar: Faekah tdak perlu melatah; yg memilih kerajaan & Menteri Besar ialah rakyat ! Pemimpin bebas berikan pandangan. "

Kenyataan tersebut mungkin merujuk kepada kenyataan Faekah yang disiarkan sebuah portal berita.

azminsam

Faekah dilaporkan menyoal bidang kuasa Azmin Ali dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.

“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?” kata Faekah.

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim 'sesuai' memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya.

Kenyataan tersebut tidak disenangi PAS, berdasarkan komen terbuka yang dibuat Mustapa Ali dan disiarkan harakahdaily pada Selasa.

Dalam pada itu,  Khalid Ibrahim sendiri dilaporkan berkata kenyataan Azmin itu adalah pendirian peribadi Timbalan Presiden PKR itu sendiri.

Menurut Khalid, kenyataan itu bukanlah dibuat secara bersama membabitkan PKR, DAP dan Pas.

“Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya.

Tegas Khalid, “keputusan mengenai siapa akan bertanding dalam pilihan raya, siapa akan jadi (MB), hanya akan diumumkan sekiranya perlu. Tapi kebiasaannya komen ini bukan dari Pakatan Rakyat sebagai satu kumpulan,".

Sementara itu, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata masalah dalaman parti yang melanda PKR Selangor sejak Khalid mentadbir negeri itu gagal dibendung sehingga wujudnya puak-puak penentang di kalangan penyokong Azmin dan kerajaan negeri Selangor.

Justeru beliau berkata khabar angin bahawa Azmin bakal menggantikan Khalid tidak dapat dinafikan lagi.

"Soalnya yang jelas dan nyata, kepimpinan PKR Selangor menghadapi masalah dalaman yang serius. Mereka pun masih lagi tercari-cari jawapan jikalau dia boleh mengekalkan kuasa dengan majoriti PKR di negeri Selangor, jadi soal calon MB ini belum lagi dapat dimuktamadkan.

"Jadi calon-calonnya mungkin Khalid Ibrahim, Azmin Ali. Azmin lebih senior di Selangor. Mungkin isu ini tidak dapat lagi (dinafikan)," katanya dipetik dari sebuah portal berita.

Dalam satu kenyataan media mengulas isu ini, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin meramalkan bahawa PR akan tewas dalam pilihan raya akan datang sekiranya tidak menggantikan Khalid.

Hamidzun turut memuji Azmin yang menurutnya berkelulusan tinggi dari universiti luar negara dan berpengalaman sebagai ADUN selama 10 tahun, sedangkan Khalid "dilihat cenderung menjadi boneka DAP di Selangor", katanya.

"GAPS percaya rakyat Selangor memerlukan seorang MB yang boleh membuat keputusan berdasarkan kejituan, pengalaman politik dan visi masa depan negeri seta kepentingan rakyat berbanding MB sekarang...," katanya.-4/10/2012


PAS bagi 'warning' pada Azmin dan Shuhaimi....

Sikap dan perangai pemimpin PKR yang suka memandai-mandai dan selalu lebih sudu dari kuah membuatkan rakan kongsi mereka PAS tidak senang duduk.

Dalam satu kenyataan yang jarang dibuat secara terbuka, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali bagi 'warning' kepada  rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.

Menurut Mustapa, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa dipetik dari organ PAS, Harakahdaily.

Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.

Azmin dipetik Sinar hari ini berkata, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Azmin berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Katanya, perbincangan peringkat PR ada ke arah itu, bagaimanapun masih belum diputuskan.-3/10/2012 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 213  tetamu dalam talian