14Disember2019

Agenda Daily

Anwar ' kantoi' dengan kenyataan Khalid Ibrahim mengenai isu Nurul Izzah

khalid-anwarxxKEMASKINI: Kalau melihat pada cara Datuk seri Anwar Ibrahim Selasa main rembat tuduh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan apa yang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cakap Rabu...orang tentu akan garu kepala.

Kedua mereka pemimpin besar PKR.Satu ke Utara manakala satu lagi ke Selatan.Nampak gaya macam cacamarba.

Anwar yang backing Nurul Izzah dalam isu kenyataannya mengenai kebebasan beragama tuduh JAIS dapat panggilan dari UMNO ( dapat arahan) untuk panggil siasat anaknya dalam kes itu.

Khalid pula dengan tegas kata JAIS perlu melakukan siasatan ke atas Nurul Izzah berhubung kenyataannya berkaitan dengan kebebasan beragama.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Agama negeri Selangor berkata siasatan itu perlu bagi mengelakkan umat Islam terkeliru, dan memastikan tiada impak negatif terhadap umat Islam berikutan kenyataan itu.

"Saya menyokong penyiasatan ini dan tindakan yang akan dilaksanakan Jais itu adalah untuk sesuatu perkara yang positif, tiada orang Islam yang mengkehendaki umatnya meninggalkan agama.

"Kita mahu jati diri umat Islam itu kukuh dan ini adalah tanggungjawab seorang Islam untuk menjaga umat Islam yang lain," katanya kepada wartawan di Shah Alam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu Nurul Izzah berkata di forum di Subang Jaya Sabtu lalu bahawa setiap rakyat di negara ini termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid turut bersetuju sekiranya Nurul Izzah tampil untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataannya itu.

Apa yang jelas tembelang Anwar ikut suka hati tuduh JAIS ikut arahan UMNO untuk siasat anaknya ' kantoi' dengan sendirinya menerusi kenyataan Khalid.

Dakwa Anwar beliau percaya JAIS telah menerima panggilan dari pemimpin UMNO untuk lebih menghangatkan isu tersebut.
 
"UMNO terdesak. Saya rasa JAIS terima panggilan dari UMNO untuk panggil Izzah," kata Anwar pada wartawan di Parlimen.

Ini ditambah dengan titah Sultan Selangor yang terkejut dengan dan kesal dengan kenyataan Nurul Izzah.-7/11/2012




Nurul Izzah:Apa tindakan Khalid sebagai MB dan Exco Agama?


Tumpuan dalam isu kebebasan beragama yang dikaitkan dengan Nurul Izzah Anwar kini pastinya kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Luahan rasa terkejut dan kesal Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi kenyataan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa tidak boleh dipandang ringan.

Ini kerana Nurul Izzah membuat kenyataan itu dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya dan sebagaiKetua Agama Islam Negeri, baginda berkongsi kekhuatiran dengan umat Islam lain berhubung isu itu sekiranya apa diperkatakan ahli parlimen Lembah Pantai itu benar.

Khalid bukan sahaja sebagai Menteri Besar tetapi Exco Agama yang perlu melihat isu ini dengan penuh tanggungjawab termasuk mengenepikan soal siapa Nurul Izzah dan parti diwakilinya.

Di sinilah cabaran Khalid untuk rakyat melihat ketegasan beliau meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR itu.

Beliau sudah tentu tidak boleh berpihak kepada Nurul Izzah walaupun anak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Jelaslah, beban begitu besar di bahu Khalid jika siasatan Jais membuktikan kebenaran kenyataan Nurul Izzah.

Sudah tentu, Khalid ibarat di luah mati emak, di telan mati bapa.

Barangkali dengan tanggungjawab sebagai Exco Agama – Khalid dapat membuktikan beliau adalah Menteri Besar cemerlang dalam menyelesaikan isu tersebut.

Atau beranikah beliau menangkis tohmahan Anwar bahawa Jais menerima panggilan UMNO untuk menyiasat Nurul Izzah?

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan  “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

Katanya, tindakan mengaitkan kenyataan Nurul Izzah berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? disebuah gereja Subang Jaya Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supayaagama Islam dipelihara.

Itu kenyataan Dr Mujahid yang mungkin mahu mengelak turut diserang kerana mewakili PAS dalam forum tersebut.

Peliknya, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum komen panjang lebar kerana mahu mendengar penjelasan dan bukti-bukti apa dikatakan Nurul Izzah. – 7/11/2012- OLEH ROSLAN BIAN

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 392  tetamu dalam talian