26September2020

Agenda Daily

Ning Baizura hentam PAS....Sharifah Aini terkejut

ningbaizura-pas513Kantoi habis... pembohongan PAS selama ini mengenai sokongan artis-artis hendak sertai parti itu, siap berani sebut nama lagi terbongkar.Ini berikutan tersebarnya tweet 'amukan' penyanyi terkenal NING BAIZURA balun PAS.Beliau  'angin satu badan' berikutan dakwaan kononnya merupakan sebahagian artis yang berkenaan.

Serentak dengan itu, Ning Baizura turut memberitahu bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambarnya bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.

Menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata "PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi saya!," tulisnya pagi Rabu.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar harian yang memetik kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kononnya beliau antara artis yang dijangka menyertai parti tersebut.

Sambil melepaskan paku buah keras kepada PAS, kata Ning, "Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?"

Menurutnya, beliau suka memakai tudung dan akan memakainya satu hari nanti, tetapi tidak mahu tindakannya itu dijadikan satu bahan untuk meraih keuntungan politik.

Pada 30 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan Salahuddin pada program anjuran Persatuan Anak Kelantan PPR Kempas di Tempoi Joho, memberitahu, sokongan terhadap Pas semakin meningkat termasuk daripada golongan artis.

Menurut Salahuddin, selain Bob Lokman dan Hairie Othman, beliau turut menyebut beberapa nama lain yang dikatakan bakal menjadi ahli Pas seperti Abby Abadi, Sharifah Aini dan Ning Baizura, namun beliau tidak mengulas lanjut mengenai pengumumannya itu.

Sementara itu penyanyi terkenal Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang turut disebut oleh Salahuddin menafikan beliau hendak menyertai PAS.

“Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.”,katanya ketika dihubungi Agendadaily.

Sharifah Aini, 59 yang baru-baru ini mendaftar sebagai pengundi dengan SPR di Pejabat Pos Besar Shah Alam  terkejut namanya disebut sebagai antara artis yang bakal menyertai PAS.

“Saya tidak tahu bagaimana nama saya boleh terbabit. Tapi yang jelas, cerita itu tidak benar,” katanya.

Bila ditanya apakah ada pihak dari sebelah “sana”  pernah mempelawanya menyertai mereka melalui telefon atau sebagainya, Sharifah Aini, dengan tegas menjelaskan, “Tidak ada orang telefon. Saya ini bukan jenis macam itu sebab saya tidak suka orang gaduh-gaduh.

“Bagi saya, kita semua ada plihan masing-masing. Jadi, kalau parti itu fikir mereka baik, buatlah yang terbaik. Tak perlulah kutuk-kutuk orang dan gaduh-gaduh. Kita mahu hidup dalam aman,” katanya.-19/7/2012

ning1




PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 343  tetamu dalam talian