25Mei2020

Agenda Daily

Mohamad Hassan jawab ‘gempak’ Dr Mahathir pasal UMNO

Kata orang nak main politik pun agak agaklah.’Gempak’ Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya ‘UMNO sudah tiada’ adalah satu fantasi bukan realiti.
 
Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung baru ini bukan satu drama.Semua orang boleh lihat dan dengar.
 
Ia adalah bukti nyata bagaimana semangat ahli parti itu masih kekal utuh dan jauh dari gambaran yang cuba ditonjolkan oleh Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO itu dalam program BIcara MInda di Shah Alam Isnin lalu.
 
Selepas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi tampil menerusi twitternya pada Selasa semalam minta ahli UMNO tidak gentar berdepan dengan cabaran terkini…hari ini Rabu timbalan beliau Datuk Seri Mohamad Hassan pula bersuara.
 
Menerusi satu kenyataan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menegaskan kenyataan Dr Mahathir bahawa UMNO sudah tidak ada dan dakwaan ia tidak memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara, melainkan hanya mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak benar.
 
Mohamad Hassan kata kecuali beberapa ahli parlimen UMNO yang meninggalkan parti, tidak berlaku gerakan besar-besaran meninggalkan UMNO.
 
“Kenyataan sedemikian (dakwaan Dr Mahathir)  adalah tidak benar. UMNO waktu ini wujud, berfungsi dan bergerak sebagai parti politik terbesar di Malaysia.
 
Menurut beliau UMNO secara hakikatnya mempunyai lebih ramai ahli, lebih ramai pengundi dan lebih banyak kerusi. 
 
“Sekalipun saya akui UMNO berada dalam keadaan yang lemah dan susut pengaruhnya, Perhimpunan Agungnya yang lepas telah mengambil keputusan untuk merawat, memulih dan membangunkan semula UMNO sebagai gerakan kebaikan untuk bangsa Melayu dan Malaysia.
 
“Walaupun diakui ada beberapa pemimpin UMNO sebelum ini yang melakukan perhitungan yang tersasar, janganlah kita menghukum jutaan orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO. Mereka adalah ahli biasa, yang tinggal di seluruh pelusuk tanah air dan tidak melakukan apa jua kesalahan.
 
“Insyallah, iltizam saya dan rakan-rakan ialah UMNO itu akan kami pulih dan islahkan. Apabila sampai garis masanya, insyallah UMNO bukan sahaja akan terus berkelangsungan tetapi menjadi wadah yang lebih baik dan berwibawa,”kata Mohamad Hassan.- 24/10/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 339  tetamu dalam talian