19Januari2020

Agenda Daily

'Haram jadah hitam metalik' : Lagi demo hentam Nga Kor Ming DAP

anti-rasisxxBerani buat kena berani tanggung. Rupa-rupanya ramai di kalangan rakyat Perak yang masih geram habis dengan tindak tanduk biadab orang kanan DAP negeri itu Nga Kor Ming yang label Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 'haram jadah hitam metalik' dan hina institusi Raja gelar 'Perak Darul Kartun'.

Petang Sabtu satu perhimpunan anti-rasis diadakan di Kompleks Rakan Muda Kamunting dekat Taiping.

Sekitar 1,000 orang hadir untuk meluahkan rasa marah mereka.

anti-rasis1

Pemimpin yang memberi ucapan di perhimpunan itu ialah Datuk Hamzah Zainuddin, Datuk Nalakaruppan, N. Gobalakrishnan, Ketua UMNO Taiping Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie dan Presiden Belia 4B Malaysia Muamar Gadafi Jamal.

Tidak cukup setakat itu kemudian kira kira 500 orang berarak ke pusat khidmat Ahli Parlimen Taiping yang diwakili Nga untuk menyatakan bantahan mereka.

Nga yang juga ADUN Pantai Remis membuat kenyataan biadab itu semasa berucap di majlis ceramah anjuran PAS di Kamunting pada 9 September lalu.-17/12/2011





Berani ambil tindakan ke  atas Nga? tanya MB Perak


ngakormeng


Tunggu punya tunggu nampaknya Nga Kor Ming, ADUN DAP Kawasan Pantai Remis  terselamat dari sebarang bentuk tindakan disiplin sehingga setakat hari ini seperti dari  dipecat ataupun digantung keahlian.    

Jika kita boleh ambil cue dari kes ini nampaknya Nga bukan saja terselamat bahkan masa depan politiknya dalam DAP juga cerah dan dia dijangka bertanding semula atas tiket parti itu.

Soalnya di mana? Kekal di DUN Pantai Remis dan parlimen Taiping ataupun beralih pula ke kawasan lain yang dilihat lebih selamat dari sekarang.

Nga menjadi pusat kontroversi apabila dalam satu ceramah anjuran PAS kawasan Kamunting 9 September lalu dipetik berkata ,”Menteri Besar hitam metalik yang haram jadah masuk dari pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor.”

Penghinaan itu bukan saja memeranjatkan rakyat Malaysia dan UMNO sendiri bahkan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tunku Abdul Aziz, yang agak terkejut, mahukan tindakan tegas dan segera dikenakan terhadap Nga bagi membuktikan DAP bukanlah parti rasis.

Nampaknya permintaan Tunku Aziz (satu-satunya tokoh Melayu berjawatan penting dalam Dap) seperti kata orang sekarang, masuk telinga kanan keluar telinga kiri . . .atau bolayan.

Sebab itu apabila dikemukakan pertanyaan ini kepada Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang menjadi sasaran penghinaan Nga tempoh berkata, “saya tidak fikir mereka berani mengambil tindakan terhadap Nga.”

“Itu kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mereka. Ada yang setuju, ada yang tidak….biasalah tu” komen Dr.Zambry lagi seperti keciwa isu ini dipandang enteng oleh Dap merujuk kepada gesaan Tunku Aziz tempoh hari..

Menteri Besar itu  hairan macam mana DAP boleh membenarkan permainan politik macam ini iaitu menggelar atau menghina seseorang itu dengan sebegini rupa.

“Apa yang dibuat itu bukanlah pertama kali, cuma kali ini kami ada bukti untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka tergamak melakukan perkara begini.

“Bukti inipun bukannya kami yang buat, kamipun tak mahu dituduh merakam ceramah mereka tetapi cd (atau video) menggandungi rakaman itu di hantar oleh seseorang kepada kami.

“Kitapun tak tahu siapa yang bagi,”katanya kepada pihak media dalam satu sidang media sebaik merasmikan mesyuarat agong koperasi Pangkor Bhd di Pulau Pangkor Ahad lalu.

Ditanya mengapa UMNO tidak monitor ceramah DAP bagi mendapat maklumat mengenai fitnah dan tuduhan liar, beliau yang juga ADUN Pangkor berkata kalau kita buat atau rakam ceramah mereka maka mereka akan menuduh kita  sebagai ‘ini permainan politik UMNO.’

“Ahli-ahli UMNO sudah matang, mereka tak mahu mainkan isu video ini.

Sudah tiba masanya rakyat dan orang ramai tahu sifat sebenar DAP dan pemimpin mereka, biarlah rakyat menilai kerana seperti saya sebut tadi sudah sampai ke tahap rakyat naik jelak dengan permainan mereka.

“Biarlah rakyat pula membuat kenyataan, menteri besar tak payah terikut dengan telatah pembangkang.

“Sebab itu kita lihat NGO-NGO menghantar memorandum serta membuat bantahan terhadap keterlanjuran Dap,”katanya .

“Can you believe that . . .” katanya merujuk kepada dakwaan seorang pemimpin Dap negeri yang ada kaitan persaudaraan dengan Nga mempertahankan Nga dengan mendakwa  tuduhan hitam metallic  ialah merujuk kepada sebuah kereta.

Salah seorang wartawan kemudian memaklumkan kepada Menteri Besar bahawa penjelasan saudara Nga itu tersiar didalam Youtube dan kini menjadi ‘big hits’.

"I can’t understand….orang ramai yang menonton cd itu mendapati kenyataan menghina menteri besar itu  …tapi sepupunya datang tampil mempertahankan Nga.

“Dia boleh kata tidak ada kena mengena dengan keadaan warna kulit menteri besar tapi ia hanya mengenai sebuah kereta. . .. .anda percaya . . .mereka boleh pertahankan dengan kenyataan begini.

“Have you watch that video(bertanyakan wartawan) .. .may be saudaranya tu belum tengok kut,” kata Menteri Besar mengakhiri sidang media.-13/12/2011- OLEH YUSOF HARUN



MB Perak dituduh ada rumah RM3 juta di Pangkor


Sebelum ini digelar dengan panggilan “hitam metalik” kini Menteri Besar Perak  berdepan dengan macam-macam fitnah—ini gara-gara PRU ke13 semakin hampir.

Fitnah terbaru ialah mengenai Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang juga ADUN Pangkor dituduh mempunyai sebuah rumah di Pulau Pangkor bernilai RM3 juta serta sudah kawin lagi.

Baru seminggu profil Dr.Zambry menjulang macam roket apabila perwakilan di Perhimpunan Agong UMNO  serta tokoh-tokoh parti tampil membidas keceluparan ADUN DAP yang menggelar beliau “hitam metalik” serta juga memanggilnya “haram jadah.”

Selain dari tokoh-tokoh luar Perak, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi anak jati Perak yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, ketika menggulung perbahasan di perhimpunan itu membaca sebuah sajak  mempertahankan Menteri Besar Perak itu.

Ketika berucap di perasmian mesyuarat koperasi nelayan Pangkor Ahad lalu Dr.Zambry mengakui bahawa penghinaan yang dibuat DAP menyebabkan pelbagai pihak melahirkan rasa simpati serta tampil mempertahankannya.

Dalam ucapan itu beliau juga mendedahkan pihak pembangkang selain memfitnah mereka  juga melemparkan tuduhan karut marut yang langsung tidak masuk akal.

“Mereka macam tidak takut mereka membuat dosa. Yang menanggung dosa ialah mereka justeru saya nasihatkan mereka supaya elak dari membuat tuduhan yang tidak berasas,”katanya di majlis berkenaan.

Ketika bercakap kepada pihak media selepas majlis berkenaan serta selepas mengadakan “walk about” di sekitar Pangkor, Dr.Zambry juga ditanya mengapa beliau saja menjadi sasaran pembangkang berbanding menteri-menteri yang juga dari negeri Perak.

Mengenai isu fitnah beliau berkata beliau sendiri tidak faham mengapa pembangkang sering mengunakan isu fitnah sewaktu menyerangnya. “Sepatutnya mereka mengkritik secara positif sama ada mengenai belanjawan negeri 2012 atau projek-projek yang kita laksanakan.

“Satu demi satu mereka mewujudkan fitnah dan menyerang peribadi saya. Mereka nampaknya menyerang peribadi seperti mendakwa saya mempunyai rumah bernilai rm3juta di Pangkor, saya kawin lagi.

“Saya nak sebutkan fitnah-fitnah yang dihamburkan dengan tujuan menghakiskan kepercayaan rakyat terhadap saya dan kerajaan negeri kerana mereka tahu bahawa dari segi pendekatan pembangunan yang kita lakukan dan kerja-kerja serta program yang kita aturkan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum telah membuahkan hasil yang positif.

“Dulu mereka kata para pelabor tidak akan masuk ke negeri Perak dan pembangunan akan terencat, orang tidak mahu membuat bangunan-bangunan baru kerana tidak yakin kepada kerajaan negeri tetapi kita dapat menyaksikan dalam tempoh tidak sampai tiga tahun,bagaimana rancaknya pembangunan diseluruh negeri Perak.

“Dan ini selaras dengan dasar kerajaan negeri dan vissi yang kita wujudkan melalui Perak Amanjaya.

“Jadi apa caranya bagi memberi rakyat bencikan saya ialah dengan mewujudkan pelbagai fitnah, kutukan, menyerang peribadi dengan dakwaan tidak senonoh.

“Mereka pernah menganggap saya pengganas, lepas tu mendakwa pula saya meluluskan tanah seluas 60,000 ekar dengan harga rm375, juga mengaitkan mak saya . . . .saya rasa  ini adalah tactical move resorting to personal attack.

“Bayangkan ada tokoh pembangkang yang menghina dengan memberi gelaran yang begitu menghinakan . . .dengan saya digelar menteri besar hitam metalik, haram jadah . . .semuanya nampak jelas bahawa mereka tidak ada isu.

“Bagaimanapun saya tidak akan terikut-ikut dengan rentak mereka dan saya yakin akhirnya rakyat akan dapat membuat penilaian dengan sebaik-baiknya. Rakyat pun ada satu tahap kesabaran dimana mereka akan merasa getik (benci atau menyampah)                          “Kalau nak main politik mainlah politik bukannya main politik memfitnah . . .mereka boleh setuju atau tidak dengan saya dan kerajaan negeri tetapi mereka boleh mengkritik saya dan dasar kerajaan negeri.

“Sebaik saja mereka bertindak menyerang peribadi dan memfitnah rakyatpun ada perasaan juga . . .saya berharap juak-juak mereka, kuncu-kuncu mereka belajarlah berpolitik secara baik, janganlah kerana geram punya pasal kita membuat tuduhan melulu dan memfitnah”katanya.

Ditanya mengapa beliau saja jadi sasaran sedangkan menteri-menteri lain dari Perak tidak, Dr.Zambry berkata, beliau dijadikan sasaran kritik dan fitnah kerana beliau ialah ketua kerajaan negeri lebih-lebih lagi pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi..

“Sebagai ketua kerajaan negeri mereka tentulah terpaksa serang saya dulu termasuklah datang ke kawasan saya (Pangkor) melancarkan program-program, ceramah-ceramah serta juga membawa bantuan-bantuan makanan , pergi dari rumah ke rumah sehingga pemimpin pembangkang dari Sabahpun datang ke sini.

“Mereka datang dari Sabah semata-mata nak lawan dengan menteri besar . . .baru-baru ini Pemuda PAS datang, ada juga PKR. Anwar Ibrahimpun pernah datang ke sini’ katanya.-12/12/2011- OLEH YUSOF HARUN

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 654  tetamu dalam talian