07Ogos2020

Agenda Daily

Mahathir jumpa Anwar ada tujuan tersirat... kata Zahid

"Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah..." itu peribahasa Melayu yang sesuai untuk menyimpulkan pertemuan antara Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Komplek Mahkamah Jalan Duta pada Isnin.

Bagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pertemuan itu adakah langkah politik yang tiada keikhlasan dan terdesak.

"Walaupun Mahathir tampak berjiwa besar kerana sanggup bertemu Anwar, ia ada tujuan tersirat. Atas pertemuan yang terdesak ini, masyarakat umum menganggap ia sebagai pertemuan politik yang tiada keikhlasan," katanya.

Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perjumpaan Bersama Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Syarikat dan Pelanggan Industri Kawalan Keselamatan Negara di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya, Selasa.

Beliau menganggap tindakan Mahathir itu juga bertujuan meraih sokongan daripada pihak pembangkang.

Bukan rahsia lagi parti yang dilancarkan beliau iaitu Pribumi gagal mendapat sambutan, samada daripada penyokong pembangkang apatah lagi kerajaan.

Beberapa jelajah yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendapat sambutan seperti yang dihadapkan Mahathir.

Terdahulu dalam ucapannya, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kementeriannya bercadang membenarkan syarikat-syarikat keselamatan di negara ini mengambil pengawal keselamatan dari dua negara lain, selain Nepal.

Katanya cadangan membenarkan syarikat-syarikat Malaysia mendapatkan sumber untuk pengawal keselamatan dari dua buah negara itu akan dibentang ke Kabinet dalam masa terdekat.

Zahid turut memberi peringatkan kepada syarikat-syarikat keselamatan di negara ini supaya tidak menyalahgunakan lesen masing-masing.

"Kami akan membatalkan lesen syarikat keselamatan yang jadi proksi, dipajak atau disewakan kepada pihak lain," katanya.

Menurut Zahid sepanjang tahun ini 47 syarikat kawalan keselamatan dibatalkan lesen kerana tidak patuhi syarat KDN.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyoal apakah Mahathir akan mengaku dakwaan kepada Anwar tidak pernah berlaku...?

“Mahathir pakar politik. Beliau memimpin negara ini hampir 22 tahun. Malah, tiada kawan atau musuh abadi dalam politik,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

“Tetapi saya persoalkan langkah seterusnya. Adakah beliau akan mengaku dakwaan terhadap Anwar itu sebenarnya tidak pernah berlaku?
“Mengapa pula Anwar dipenjara tapi Mahathir masih bebas?”

Menurut Azalina, kehadiran Mahathir yang disebut oleh penyokong Anwar sebagai sokongan untuk bekas ketua pembangkang itu mendedahkan ketidakyakinan akan kemampuan Pribumi untuk menewaskan BN.

“Banyak persamaan antara Mahathir dan Anwar, hari ini kawan, esok musuh, lusa kawan.

“Mereka berdua bekas pemimpin UMNO. Di Barat pemimpin yang meletak jawatan atau bersara akan betul-betul bersara. Di sini, walaupun bersara tapi masih berpolitik.
“Sekiranya begitu strategi partinya, mungkin betul beliau tak yakin akan parti baharu itu,” kata Azalina.-6/9/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 284  tetamu dalam talian