21September2019

Anda berada di sini:Home

Artikel

Tak payah ajak saya debat - Muhyiddin

mat-tpmTan Sri Muhyiddin Yassin nampaknya tidak berminat melayan hajat Mohamad Sabu nak tarik beliau ke gelanggang debat mengenai isu Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan.

Ditemui Agendadaily sewaktu majlis Hari Raya Kementerian Pelajaran di Putrajaya Rabu tengahari untuk mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS itu hendak berentap dengan Timbalan Perdana Menteri sahaja,beliau hanya beri komen ringkas, “ tak payah ajak saya debat”.

Beliau sebaliknya minta Mat Sabu jawab pelbagai persoalan mengenai isu berkenaan yang dibangkitkan oleh media sejak cetus kemarahan ramai pihak dalam ceramahnya di Tasek Gelugor,Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Mat Sabu Selasa tolak cadangan debat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin kerana mahu berdepan dengan Muhyiddin.

Khairy sendiri hanya mahu berentap dengan Mat Sabu saja.-7/9/2011-OLEH LUKMAN ABDULLAH

 

 


 

Bukit Kepong: Mat Sabu nak berentap debat dengan Muhyiddin...Khairy juga hanya nak Timbalan Presiden PAS itu

Mohamad Sabu mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi lawannya untuk berdebat isu Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan.

Ini dakwa Timbalan Presiden PAS itu kerana Timbalan Perdana Menteri lebih sakan belasahnya kerana ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lalu mengenai isu itu berbanding Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

 "Yang suruh saya bertaubat, bertakwa timbalan presiden UMNO. Elok saya bertemu dengan dia," katanya di sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Selasa.

Katanya Muhyiddin menghentamnya dan suruh  bertaubat dan bertakwa.

"Secara peribadi  Khairy Jamaluddin tidak banyak mengecam saya,” tambahnya.

Mat Sabu juga beri alasan kerana kawasan Parlimen yang diwakili Timbalan Perdana Menteri yakni Pagoh terletak tidak jauh dari Bukit Kepong.

PAS katanya, akan menghantar surat rasmi kepada ketua Penerangan UMNO mengenai perkara tersebut.

Menjawab dakwaan Khairy, bahawa beliau takut berdepan dengannya, Mat Sabu berseloroh menyindir ahli parlimen Rembau itu dengan berkata, “ Saya takut..saya selalu masuk penjara...kena tahan ISA,”.

Mat Sabu cuba gambarkan seolah beliau senang hati dengan isu ini yang sudah berlarutan sekian lama.

Seawal sidang media, beliau sempat membilang jari dan berkata “dah 11 hari. Kena bernanah telinga 10 hari lagi sampai 16 September,”.

Bagi Mat Sabu ini isu paling hot.

Mengenai PAS Kelantan tawar debat Mat Sabu dan Khairy, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir sama berkata, perkara itu tidak dirujuk kepada PAS Pusat.

“Kita setuju (debat) tapi mahu ikut level parti,” ujarnya.

Dalam sidang media itu, PAS mencadangkan kerajaan mengkaji dan menulis semula sejarah negara secara adil dan tepat.

“Kita mahu betulkan perspektif sejarah  dan letak pada tempatnya  mereka yang  benar-benar berjuang untuk kemerdekaan negara,” katanya.

Mustafa juga menegaskan pendirian PAS menolak idealogi dan perjuangan komunis.

Sementara itu Khairy dalam Twitternya petang Selasa berkata beliau tetap mahu berdebat dengan Mat Sabu sahaja.

“Kali ini saya hanya mahu debat dgn Mat Sabu. Sebab dia punca kontroversi dan itu juga jemputan asal dari Kerajaan PAS Kelantan”katanya.

Katanya kini ada tiga tawaran untuknya berdebat yakni Mat Sabu sudah tolak kepada Pemuda PAS Johor manakala Pemuda PAS Pusat sudah hantar surat jemputnya debat dan dari Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad.

pas-debat513

Pemuda PAS telah menghantar surat jemputan berdebat dengan ketuanya,Nasrudin Tantawi  di pejabat Pemuda UMNO Malaysia 2.30 petang Selasa.

“Sekadar memberi penjelasan & update ttg isu debat: 1) Semua ini bermula bila saya dijemput oleh Kerajaan Kelantan untuk debat dgn Mat Sabu.

“So, saya tunggu Mat Sabu. Dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia. Sekian mengenai isu debat buat masa ini,”kata Khairy.-6/9/2011- OLEH ROSLAN BIAN 

 


kj-mat

Cabar debat : Mat Sabu pass pada Pemuda PAS...Khairy kata bacul dan tiada maruah

Ikut hukum akal biasanya orang yang asal buat bising yang wajib tampil mempertahankannya. Namun lain pula dengan Mohamad [email protected] Sabu.Takut ke...atau nak control macho ?

Ini yang menjadi tandatanya ramai, Isnin, apabila Timbalan Presiden PAS ini menolak persertujuan Khairy Jamaluddin untuk berdepan dengannya. Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu sendiri beri respon itu sebagai menjawab undangan PAS bagi diadakan majlis debat isu peristiwa Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan.

Memamg bergegarlah kalau kedua-duanya berentap di atas pentas. Apa lagi Khairy kata beliau tidak kisah sekalipun di 'kandang singa' yakni di Balai Islam Lundang di Kota Bharu.

Namun Mat Sabu kata beliau lebih merasa sesuai Pemuda UMNO lawan Pemuda PAS.

Khairy dalam reaksinya menilai Mat Sabu kalah sebelum bertempur.

Bacul dan tiada maruah itu katanya tentang sikap Timbalan Presiden PAS itu.

"Sekretariat mewakili Kerajaan PAS Kaelatan yang cadangkan saya (Ketua Pemuda) lawan Mat Sabu (Timbalan Presiden). Bukan saya yang cadang," katanya.

Khairy tidak dapat terima alasan Mat Sabu kerana Datuk Husam Musa sendiri pernah berdebat dengannya di Balai Islam Lundang.

"Bermulalah spin Pakatanis. KJ bukan menteri lah so tak layak lawan Sabu. Woi, korang lupa ke Sabu tu kalah pilihanraya. YB pun tidak," katanya menerusi laman twitternya.

"So, biarlah rekod sejarah jelas. Saya setuju dengan jemputan kerajaan PAS Kelantan (untuk) lawan Mat Sabu. Tapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini," katanya.

Apapun kata Khairy beliau tiada masalah untuk berdebat dengan Ketua Pemuda PAS Nasarudin Tantawi.-5/9/2011

 


Komunis: Khairy sahut cabaran lawan Mat Sabu di 'sarang singa'

Gayung bersambut... Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak lengah seminit pun untuk terima jemputan debat antara beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di kubu kuat PAS, Balai Islam Lundang Kelantan.

Menurut Khairy, beliau sudah menerima jemputan dari kerajaan PAS Kelantan untuk berdebat dengan Mat Sabu di Balai Islam Lundang.

"Tempat yang sama saya pernah debat (dengan) Husam. Walaupun digelanggang lawan Mat Sabu ke Husam ke, saya akan hadir. Masa lawan Husam 3 ribu penyokong pAS sorak. It's OK. Tak payah cari gelanggang neutral. Saya akan lawan di sarang singa anda, jumpa di sana Mat Sabu," katanya dalam satu mesej di laman sosial twitter pada Ahad.

Khairy sebelum ini pernah berdebat dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa di Balai Islam Lundang yang ramai orang kata 'Husam kena' walaupun menang sorak.

Debat itu dijangka akan diadakan hujung bulan ini. Bagaimana pun, penganjur Kerajaan Negeri Kelantan dikatakan sedang berusaha untuk mendapat jawapan dari Mat Sabu.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan UMNO berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.

Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

Kelmarin, Pergerakan Pemuda Umno mengumumkan program jelajah negara yang dikenali sebagai Pentas Patriot untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Mohamad ketika satu ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.-4/9/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 195  tetamu dalam talian