15Ogos2020

Agenda Daily

Khairy hairan mana Kadir Jasin dapat angka 40 Ahli Parlimen UMNO nak cabut….

Kalau satu,dua,tiga,empat,lima atau enam lagi Ahli Parlimen UMNO didakwa nak keluar parti untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) cerita itu mungkin satu spekulasi yang dikira ‘boleh dengar’.
 
Ini sudah sampai 40 orang dari baki 49 Ahli Parlimen UMNO yang ada dikatakan nak cabut.
 
Kalau benar jawabnya UMNO boleh ‘tutup kedai’ 
 
Boleh percaya ke?
 
Khabar ini dibawa oleh Penasihat Media Pejabat Perdana Menteri Datuk Kadir Jasin yang juga anggota Majlis Tertinggi PPBM.
 
Beliau yang juga bekas wartawan terkenal beritahu demikian kepada wartawan selepas merasmikan Persidangan Perwakilan PPBM Bahagian Tebrau, di Johor Bharu Sabtu.
 
Menurutnya kesemua mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali berjumpa dengan Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyididn Yassin serta para kepimpinan tertinggi parti itu sama ada secara perseorangan atau berkumpulan.
 
“Buat masa ini, belum ada sesiapa yang hampir sampai peringkat Datuk Mustapa (Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai PPBM walaupun mereka telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan pemimpin tertinggi PPBM.
 
“Mereka menggambarkan mereka terbuka kepada memikirkan untuk keluar UMNO dan masuk Bersatu tetapi masalahnya mereka juga terpaksa memikirkan apa yang akan berlaku selepas itu kerana ada antara mereka mempunyai isu atau terdedah kepada siasatan,” katanya.
 
Ditanya pemberita adakah tujuan mereka menyertai PPBM disebabkan untuk menyelamatkan diri, Kadir berkata, tiada jaminan untuk mereka tidak disiasat setelah menyertai PPBM.
 
“Hal itu (selamatkan diri) payah hendak cakap… tetapi mana mungkin Bersatu atau kerajaan melindungi. Kalau ada bukti kesalahan… saya rasa mungkin terlintas di fikiran tetapi tidak boleh dikata itu syaratnya… tiada jaminan,” katanya.
 
Sementara itu Ahli Parlimen UMNO Rembau, Khairy Jamaluddin sendiri hairan dimana Kadir dapat angka itu.
 
Ketika ditemui wartawan di Kuala Lumpur katanya beliau tidak sedar adanya kemungkinan 40 orang Ahli Parlimen UMNO akan lompat parti.
 
“Setahu saya tidak ada.Saya tidak tahu dari mana angka 40 datang,”katanya.
 
Khairy dengan nada sinis menambah ,” mungkin saya tidak terlibat dan tidak dijemput.”- 27.10/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 385  tetamu dalam talian