25Oktober2020

Agenda Daily

Ketua Penerangan PAS seru ahli PAS pastikan Pakatan Harapan kalah di Sungai Kandis

 
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan tidak main selindung lagi.Berucap di depan ribuan hadirin di Himpunan Kebangkitan Ummah beliau mengajak ahli PAS pastikan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihanraya kecil Sungai Kandis.
 
Beliau mengingatkan jika mereka beri kemenangan kepada calon Pakan Harapan ia bererti mereka merestui tindak tanduk kerajaan sekarang.
 
Nasruddin kata ,” ada orang tanya macam mana sikap kita di sana ..yang bertanding UMNO dengan Pakatan Harapan…apa nak sibuk sibuk.
 
”Kita beritahu jika Pakatan boleh menang dalam pilihanraya di Sungai Kandis seperti beri isyarat kepada umum apa yang dia buat selama ini...yang dia janji nak hapus tol tetapi tidak  hapus…rakyat boleh diterima dengan baik.
 
”Yang dia kata hari ini Pakatan menang esok harga mintak turun…hah tepuk…tepuk ( katanya dengan nada menyindir harga minyak tidak turun),”
 
”Sikap kita…kita nak Pakatan Harapan kalah di Sungai Kandis…itu kenyataan saya.
 
”Kalau kita setuju dia kalah pengundi Sungai Kandis nak buat macam mana…pengundi PAS di Sungai Kandis nak buat macam mana...kalau kita berkecuali sah sah dia menang
 
”Tak kanlah saya nak kena ajar A..B..C…( yang dipercayai jelas minta mereka undi BN) ,”katanya.

Menyentuh mengenai kerajaan Pakatan Harapan,kata Nasrudin baru 80 hari perintah sudah melakukan beberapa hal drastik yang mengundang keresahan umat Islam.
 
”Realiti yang berlaku dalam negara kita hari ini saya lihat ruang yang boleh menjadi ancaman kepada Islam itu semakin hari semakin lebar seperti kerajaan bukan jalan agar umat Islam tidak selesa,”katanya.- 28/7/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 441  tetamu dalam talian