15Ogos2020

Agenda Daily

Kenyataan Najib menjelang didakwa lagi di mahkamah pada Khamis

Esok sekali lagi saya akan didakwa oleh SPRM yang tidak pernah berlaku dimana-mana negara yang kerajaannya terlalu pendendam.
 
Saya telah menerima hakikat saya telah didakwa berkaitan 1MDB. Ia adalah kuasa kerajaan untuk mendakwa saya mengikut kehendak mereka. Saya telah didakwa menerima RM2 bilion. Saya juga telah didakwa kerana memulangkan wang RM2 bilion dan saya juga telah didakwa kerana memindahkan wang dari akaun saya kepada satu lagi akaun saya.
 
Pada masa yang sama, walaupun saya didakwa secara rasmi kerana wang RM2 bilion telah dikembalikan, terdapat juga banyak lagi dakwaan yang saya telah membayar beratus pihak lagi dengan RM2 bilion yang sama ini. Mana lojiknya?
 
Saya juga telah mendedahkan dokumen bank yang membuktikan beratus juga ringgit telah dibayar kepada akaun saya terus dari akaun bank Menteri Kewangan Arab Saudi sebagai derma. Mengapa faktor ini tidak diambil kira dan beratuk pihak masih menerima tekanan dari pihak berkuasa mengenai bayaran dari akaun saya?
 
Setiap sen 1MDB ialah dari pinjaman. Memang tidak masuk akal yang niat saya ialah untuk mencuri wang yang dipinjam dan letaknya di dalam akaun atas nama saya sendiri kerana wang yang dipinjam akhirnya perlu dibayar balik.
 
Saya tahu saya akan dapat menghadapi pendakwaan ini di mahkamah dengan mudah namun pada masa ini saya ingin bertanya akan kejujuran kerajaan PH untuk melihat pada gambaran lebih besar untuk menyelesaikan isu 1MDB, dan hentikan mainan politik mereka, jujur dengan semua rakyat Malaysia serta memastikan ekonomi Malaysia dan rakyatnya menjadi keutamaan dan bukan berterusan menjadikan lawan politik mereka sebagai keutamaan, siang dan malam.
 
Datuk Seri Najib Tun Razak
24/10/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 483  tetamu dalam talian