19November2019

Agenda Daily

MP PAS Dr Che Rosli tengok isu Lynas dari sudut saintifik bukan politik...

drrosli-pc513KEMASKINI  : Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat berterus terang bahawa pandangannya bahawa tahap radiasi projek Lynas di Gebeng rendah berdasarkan saintifik dan kepakaran beliau.

Maksudnya, jika ada mana-mana pihak nampak pendapatnya itu seolah-olah beliau tidak sehaluan dengan semua pemimpin pembangkang dalam isu Lynas, itu adalah soal politik sahaja.

“Kita kena pergi pada saintifik. Saya bekerjasama dengan kementerian mana yang mampu tetapi jangan cuba politikkan. Dari dulu saya cakap tahaP radiasi renDah tetapi tidak bermakna projek Lynas selamat,” ujarnya kepada media di lobi Parlimen, Rabu.

Menurut pensyarah di UKM itu, semua aspek berkaitan projek itu perlu diteliti dan tidak boleh mengatakannya selamat berdasarkan satu hujah – tahap radiasinya rendah.

Pada sidang Parlimen yang membahaskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung projek Lynas semalam, Dr Che Rosli bangun menyatakan tahap radiasi projek Lynas adalah rendah tetapi perkara lain perlu dirujuk pada pakar-pakar berkaitan.

Beliau mencadangkan kerajaan mengkaji tahap keselamatan pembinaan projek Lynas.

"Kerajaan boleh jalankan ujian makmal yang hanya ambil masa dua atau tiga bulan untuk mengetahui hasil dapatannya.

"Masih belum terlambat. Jalankan ujian makmal mengikut skala industri dan kemudian bentangkan kepada rakyat mengenai tahap keselamatan terhadap persekitaran sekiranya projek ini diteruskan," katanya.

Sementara itu, PAS menyatakan persetujuan mengenai pembinaan projek Lynas sekiranya kerajaan memberi jaminan dapat menyelesaikan isu berkaitan keselamatandan kesihatan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata parti itu tidak ada masalah sekiranya kerajaan mahu melaksanakan projek tersebut jika bukti saintifik mengenai tahap keselamatannya dikemukakan.

"Ya (setuju dengan projek Lynas), dan (jika) terbukti ianya selamat.

Apa masalahnya? (untuk bersetuju).

"Kita tak kata ianya (Lynas) muktamad sebagai tak selamat. Tetapi apabila kita bangkitkan soalan begini...jawab. Jangan alihkan isu dengan hanya kata radiasi rendah.

"Memang rendah. Tapi masih ada bahaya, jadi beri jaminan macam mana nak tanganinya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen bersama Dr Che Rosli dan ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dulkifli Ahmad.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS II Selangor menegaskan pada peringkat ini parti itu tidak bersetuju dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) agar kerajaan memberi lesen pengendalian sementara (TOL) kepada Lynas.

"Apa yang kita pertikaikan ialah proses yang begitu cepat memberi kelulusan, belum semua soalan dijawab, lesen nak diberi."Berdasarkan laporan, ada banyak persoalan yang tidak dijawab, kami tidak bersetuju dengan keputusan memberi TOL kepada syarikat itu,"katanya.

Pada Selasa PSC menerusi syornya memberi lampu hijau kepada Lynas agar diberikan TOL kerana jawatankuasa itu mendapati ia memenuhi segala keperluan yang ditetapkan.-20/6/2012 - OLEH ROSLAN BIAN





KEJUTAN….Ahli Parlimen dan pakar nuklear PAS sendiri ‘tembak’ pembangkang ditengah kehangatan debat Lynas di  Dewan Rakyat

drrosli513

 [ LIHAT VIDEO DI RUANGAN VIDEO AGENDADAILY ]Dewan Rakyat menyaksikan drama yang  buat pembangkang pengsan habis semasa  kehangatan perbahasan mengenai laporan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas yang dibentangkan pagi Selasa.

Ia berlaku semasa para Ahli Parlimen pembangkang sedang berbahas membantah Lynas  dan berlagak macam mereka profesor serba tahu mengenai soal radiasi dan keselamatan kepada orangramai.

Tanpa diduga Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat,Selangor ,Dr Rosli Che Mat ( gambar atas) yang merupakan seorang pakar nuklear bangun mencelah di tengah perbahasan untuk menyampaikan pandangan profesionalnya.

Suasana dalam Dewan Rakyat terdiam sejenak bila Ahli Parlimen pembangkang itu ‘ tembak’ gelagat rakan-rakannya dengan menyatakan bahawa beliau berpendapat tahap radiasi kilang berkenaan adalah selamat.

Dalam itu untuk menghangatkan suasana,sekitar 50 orang aktivis anti-Lynas mengadakan perhimpunan aman di luar bangunan Parlimen.Beberapa orang wakil mereka telah dibenar masuk ke dalam untuk dengan para Ahli Parlimen.

parlimen-lynasxx

Sebelum itu sejurus selesai Pengerusi  jawatakuasa khas it,Datuk Seri Khaled Nordin yang juga Menteri Pengajian Tinggi selesai membentangkan laporannya yang kata kilang itu selamat ,para Ahli Parlimen pembangkang berlumba bangun membahaskannya.

Laporan itu antara lain mengesyorkan lesen sementara di beri kepada Lynas agar ia dapat beroperasi dengan seliaan agensi penguatkuasa berkenaan sebelum lesen selanjutnya diberi.

Para Ahli Parlimen pembangkang boikot menyertai jawatankuasa berkenaan.Oleh itu ia hanya disertai oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Bebas sahaja.

Dr Rosli sebelum ini beberapa kali telah menyatakan pandangannya bahawa tahap radiasi kilang Lynas selamat.

Namun tiada siapa menduga beliau ‘ lepas geram’ bangun mencelah di tengah perbahasan di Dewan Rakyat Selasa untuk pertikai pandangan rakan-rakan Ahli Parlimen pembangkang lain.-

Sementara itu, Dr Rosli yang ditemui di luar Dewan menegaskan tahap radiasi projek Lynas memang rendah.

khaled-lynas513

Bagaimanapun katanya, perkara-perkara lain termasuk jika berlaku kebocoran atau radiasi itu tersebar dalam air perlu diteliti kesannya pad hidupan laut.

"Itu saya tak berani nak sebut. Dari segi radiasi memang saya tahu sebab saya sendiri ukur. Yang lain-lain saya tak tahu biar pakar lain yang cakap.," ujarnya.

Beliau turut berpuashati dengan laporan oleh jawatankuasa berkenaan kerana mengutp masalah-masalah masyarkat sekitar.

"Memang betul, saya setuju. Tapi banyak lagi data-data perlu diberikan tumpuan untuk pastikan Lynas benar-benar selamat," tegas Dr Rosli,

Beliau berpendapat syor memberikan TOL sementara untuk Lynas beroperasi wajar kerana pemantauan boleh diteruskan dalam masa tersebut.

Dalam perbahasan,Ahli Parlimen BN Kinabatangan,Datuk Bung Mokthar Radin secara terbuka membidas Ahli Parlimen pembangkang lain yang tidak mahu terima pandangan pakar Dr Rosli.

Katanya jelas ada sesuatu yang tidak betul tentang mereka jika pandangan Ahli Parlimen pembangkang sendiri yang ada kepakaran tentang hal itu tidak boleh diterima.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali dalam perbahasanya berkata dari pemerhatian beliau kebanyakan mereka yang aktif menentang projek Lynas terdiri dari bukan Melayu.

Beliau bimbang ada agenda tertentu tersirat disebalik tindak tanduk mereka kerana kebanyakan dari pakar dan saintis yang berkerja dengan Lynas terdiri dari orang Melayu.

Ibrahim kesal melihat sikap hipokrasi pembangkang kerana kalau dilihat di negeri yang mereka tabir terdapat banyak tidak betul dari segi pengajaan alam sekitar.Ini termasuk isu air Sungai Kelantan yang kotor.

Dalam kontek Lynas,beliau yakin kerajaan mana pun mahu yang terbaik untuk rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang menjejaskan kesihatan rakyat.

Katanya semua pihak harus mengambil sikap adil tak kira pembangkang jika ada sesuatu yang baik semua pihak harus sokong.

Ibrahim bersetuju dengan pandangan beberapa Ahli Parlimen BN,pembangkang sangat bimbang jika projek ini berjaya dan sebaliknya mengunakan isu Lynas untuk matlamat politik jangka pendek bagi menghadap pilihanraya umum ke 13.OLEH ROSLAN BIAN -19/6/2012





Parlimen: Laporan Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas dibentang di Dewan Rakyat Selasa



Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan dibentang dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat esok.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata laporan itu akan dibentangkan oleh pengerusi jawatankuasa itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Menteri Pengajian Tinggi, selepas sesi soal jawab lisan.

"Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah dibentang di atas meja ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan Mesyuarat 86(5), oleh yang demikian penyata tersebut tidak boleh disiar, embargo sehingga jam 11.30 pagi Selasa, 19 Jun 2012," katanya sejurus selesai sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat Isnin.

Bernama melaporkan beliau berkata perbahasan mengenai laporan itu akan dimulakan dengan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 86(5) untuk mempertimbangkan penyata jawatankuasa itu.

Pada 20 Mac lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menubuhkan jawatankuasa itu bagi meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek Lynas di Gebeng, Pahang.

Projek memproses nadir bumi itu mencetuskan kontroversi apabila orang awam mendesak kerajaan supaya menghentikan projek tersebut kerana dikhuatiri membawa kemudaratan kepada keselamatan penduduk setempat.-18/6/2012

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 297  tetamu dalam talian