21April2019

Kedai Rakyat 1 Malaysia...lagi pembangkang hentam lagi laris jualan

krim513Usaha pembangkang hentam pi ..hentam mai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dalam usaha untuk menghakis keyakinan rakyat padanya nampaknya 'tak jalan'.

Sebaliknya ia terus mendapat sambutan hangat.Jualanya meningkat 15 peratus kebelakangan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara sinis berkata ini mungkin kerana KR1M mendapat publisti hari-hari - merujuk kepada kempen pembangkang hentamnya.

Bercakap kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan kementeriannya Selasa, Ismail Sabri berkata rakyat masih  percaya kepada KR1M sungguhpun isu penarikan balik 13 produk dari kedai itu cuba dipolitikkan parti pembangkang.

Beliau berkata ini terbukti apabila jualan di KR1M meningkat 15 peratus dalam kerancakan pembangkang cuba memburuk-burukkan produk yang dijual di kedai-kedai berkenaan.

Ismail Sabri menjelaskan penarikan balik 13 produk KR1M tiada kaitan dengan isu keselamatan atau kebersihan makanan seperti yang digembar-gemburkan parti pembangkang.

"Sebaliknya penarikan balik itu adalah lebih kepada kesalahan pelabelan makanan dan komposisi di bawah peraturan-peraturan Makanan 1985," katanya.

Sebagai contoh, katanya produk minyak sapi dilabel sebagai "sebatian minyak sapi" tetapi pada label ramuan ditulis minyak kelapa sawit, sapi dan bahan perisa. Sepatutnya dia kena tulis sebatian minyak kelapa sawit dan sapi... tetapi dia tak berniat menipu sebab ramuan ada ditulis pada label," katanya.

Beliau berkata dua daripada 13 produk yang ditarik balik iaitu "ikan sardin dalam sos tomato" (komposisi) dan "krimer sejat" (dahulunya susu sejat) mula dipasarkan semula setelah pembetulan label dibuat.

"Baki produk yang ditarik balik juga akan mula dipasarkan semula dalam masa dua atau tiga minggu selepas pemeriksaan menyeluruh dibuat," katanya dan menambah kata bahawa 230 lagi produk KR1M berasaskan makanan telah dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk diuji.

Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan bahawa kesalahan pelabelan itu tidak disengajakan oleh syarikat pembekal yang terdiri daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan dan memberi jaminan kerajaan akan lebih berwaspada pada masa hadapan.

Katanya pihak Kementerian Kesihatan juga telah memanggil 60 usahawan IKS terlibat untuk diberi taklimat, mengenai hal berkaitan pelabelan, tender serta piawaian kesihatan.

Beliau berkata kementerian telah menubuhkan unit pemantau khas dengan kerjasama Kementerian Kesihatan untuk memantau secara rambang produk makanan di semua kedai termasuk KR1M seluruh negara. - 6/12/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1010  tetamu dalam talian