20Julai2019

'Masak' Ramasamy... The Star pertahan laporan kata beliau ada cakap

karpal-ramasamy

KEMASKINI : Ini kes parah bagi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy. Silap haribulan boleh kantoi habis.Mulanya ingat akhbar The Star yang silap lapor kenyataannya yang didakwa mendedahkan masalah dalaman parti itu.

Ekoran kemarahan Karpal Singh, Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu telah mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur Isnin untuk menafikan apa yang dilaporkan dalam akhbar The Star 23 Disember ekoran interbiu dengannya pada 21 Disember.

Namun akhbar The Star edisi Selasa bukan sahaja mempertahankan laporan itu malah mendakwa semasa interbiu berkenaan beliau ada menyebut nama-nama individu yang merancang untuk ' mandikannya'.

Jika benar seperti kata akhbar The Star bermakna Ramasamy boleh ' masak'.

Karpal Singh telah menuntut beliau letak jawatan Timbalan Ketua Menteri kerana mendedahkan masalah dalaman parti pada media.-27/12/2011



BERIKUT IALAH LAPORAN AKHBAR THE STAR :

What Ramasamy said in the interview with The Star

GEORGE TOWN: The Star stands by the article based on an interview with Deputy Chief Minister II Dr P. Ramasamy on Dec 21 by our journalist Ian McIntyre.

The interview was arranged and agreed upon by Dr Ramasamy on two counts; one is about allegations of poor governance – which included him having an extra-marital affair, and secondly – his take on issues confronting the Indian community.

The allegations were made against him by Indian DAP grassroots activists here.

“As a journalist, I cannot disclose the identity of these activists as they related their problems to me in good faith and confidence.

“I felt that the interview was necessary as it would give an opportunity for Dr Ramasamy to air his side to the allegations against him,” said Mcintyre.

The interview took place at Dr Ramasamy’s office located on the 51st floor of Komtar.

McIntyre said it was a cordial gathering as all of them (including two journalists from Malaysiakini) have interacted with each other in the past on friendly terms.

“When I raised the allegations, Dr Ramasamy responded swiftly, saying he heard about it and there was no truth to them.”

He proceeded to outline the allegations made by the grassroots, describing them as senseless.

McIntyre also recalled Dr Ramasamy as saying: “There are only three or four of these grassroots members, unless you want to count earthworms as grassroots.

“I think you would be astounded if I relate to you some of their demands.”

McIntyre said Dr Ramasamy even named those who plotted against him, but out of fairness, those names were not published.

“He might not have uttered the word ‘grand design’ but said that some quarters might be conspiring to oust him ever since he was appointed to head the (state) Hindu Endowment Board,” said McIntyre.

Dr Ramasamy reiterated a few times during the interview that the issue was not about the warlord-godfather squabble with DAP chairman Karpal Singh, but it was mostly on the allegations made against him and on the plight of poor Indians.

The Star would also like to point out that when Dr Ramasamy called on the morning of Dec 23 to clarify some points, it was immediately uploaded onto the online edition which he himself agreed was “fine”. - 27/12/2011





Karpal Singh meletup lagi...Ramasamy kata akhbar The Star silap lapor kenyataannya



Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P Ramasamy mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur Isnin untuk menjelaskan bahawa wartawan akhbar The Star telah silap lapor kenyataannya yang telah mencetuskan kemarahan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh.

Katanya laporan akhbar berkenaan pada 23 Disember yang menyebut beliau bercakap mengenai masalah dalam parti itu terbit dari pertemuan beliau dengan beberapa wartawan termasuk dari The Star pada 21 Disember.

Beliau memberitahu semasa pertemuan berkenaan perbualan hanya berkisar soal pembangunan Pulau Pinang dan tidak sentuh isu dalam parti DAP.

Menurut Ramasamy setelah terbitnya laporan itu beliau telah menghubungi wartawan berkenaan.

Katanya wartawan berkenaan berjanji untuk membuat pembetulan namun esoknya yang keluar hanya satu perenggan sahaja.

Ramasamy berkata beliau tidak akan membuat penjelasan kepada Jawatankuasa Pusat DAP mengenai hal berkenaan.

Katanya beliau hanya ingin membuat penjelasan itu menerusi sidang akhbar ini.

Ditanya mengenai kemarahan Karpal Singh terhadapnya beliau menyerahkan hal itu ditentukan oleh parti.

Sebelum isu terbaru ini, Karpal Singh telah meletup ekoran laporan akhbar Tamil Osai yang juga mengaku silap lapor kenyataan Ramasamy.-26/12/20111


Karpal singh meletup lagi....

Ramai yang fikir isu perang mulut antara Pengerusi DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri 2 Dr P. Ramasamy semakin reda dengan komitmen jawatankuasa DAP Pusat tubuh badan khas selesaikan isu tersebut. Tiba-tiba pagi Sabtu, Karpal Singh meletup lagi, apabila mengeluarkan kenyataan supaya Ramasamy meletak jawatan dari parti tersebut.

Semalam, media melaporkan, Ramasamy memberitahu bahawa wujud golongan yang sedang berkomplot untuk menggulingkan beliau.

Karpal berkata bekas ahli akademik itu perlu meletakkan jawatannya selepas membuat berbagai-bagai tuduhan serius terhadap pemimpin-pemimpin parti.

"Kedudukan Dr Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia telah mencabar keputusan jawatankuasa tiga anggota parti itu tidak merujuk masalah dalaman parti kepada pihak media," katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Karpal Singh berkata Dr Ramasamy telah mendedahkan dakwaan mengenai pemimpin-pemimpin parti dan ahli-ahli mana-mana tanpa asas.

Beliau merujuk kepada laporan dalam akhbar berbahasa Inggeris pada Jumaat yang memetik Dr Ramasamy sebagai berkata pengkritiknya berkomplot terhadapnya kerana dia tidak bertindak balas terhadap rundingan mereka untuk mendapatkan projek.

"Ini adalah satu tuduhan yang serius. Sehingga kini, Dr Ramasamy tidak menafikan membuat kenyataan itu," katanya.

Ramasamy yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP terlibat dengan pergaduhan dengan Karpal selepas mengeluarkan kenyataan "godfather" yang patut beri laluan kepada calon lain dalam pilihanraya akan datang.

Karpal kemudiannya membalas keras kenyataan tersebut dalam Konvensyen DAP Pulau Pinang.
 
DAP Pusat pada 15 Disember mengeluarkan kenyataan bahawa pergaduhan kedua-duanya telah diselesaikan.-24/12/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 532  tetamu dalam talian