18Jun2019

Jolok menjolok antara PPBM-PKR...terbaru Johari Abdul minta polis siasat Kadir Jasin

Mungkin ia tidak ada kaitan atau mungkin ia kebetulan.Namun dalam suasana politik sekarang ‘hu ha’ sebegini tentu boleh bikin panas antara PPBM dan PKR yang merupakan rakan dalam kerajaan Pakatan Harapan.
 
Sebelum ini Zahid Md Arip ,Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad telah cadang Datuk Seri Anwar Ibrahim minta beliau terus jadi Perdana Menteri hingga habis penggal lima tahun.
 
Katanya ini adalah cadangan peribadi beliau.
 
Namun selepas itu PPBM bahagian Setiawangsa yang diketuai Zahid dalam mesyuaratnya kelmarin lulus usul mahu Dr Mahathir kekal Perdana Menteri hingga habis penggal.
 
Penasihat Media Pejabat Perdana Menteri Datuk Kadir Jasin pula dakwa 40 Ahli Parlimen UMNO nak lompat masuk PPBM.
 
Kalangan pimpinan UMNO dakwa PPBM sedang berusaha lamar Ahli Parlimen UMNO untuk perkuat kedudukan PPBM yang kini cuma parti kecil dalam Pakatan Harapan ‘untuk sekat’ kemaraan Anwar.
 
Terbaru Selasa 30 Oktober Kadir telah menulis dalam blognya berkaitan pertabalan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.yang kias sikit pasal perbelanjaan majlis.
 
Ia mengundang rasa kurang senang orang besar PKR, Datuk Johari Abdul,Ahli Parlimen Sungai Petani dan ADUN Gurun.
 
Johari yang pernah disebut sebut akan ganti Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah adakan sidang akhbar di bangunan Parlimen Khamis desak polis siasat Kadir bawah Akta Hasutan 1948.
 
Beliau mendakwa tulisan Kadir di blog yang bertajuk ‘Rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja’, menghina Raja-raja Melayu.
 
Pada blognya Kadir yang juga Ahli Majlis Tertinggi PPBM menyatakan sebarang pandangan beliau di situ adalah pandangan peribadi.
 
“Saya sebagai seorang wakil rakyat dari Kedah amat kecewa dengan tulisan Kadir ini, dalam memuji tetapi dalam masa yang sama tulisannya mengandungi unsur penghinaan terhadap baginda,”kata Johari.

Sementara itu dilaporkan Kadir dalam reaksi beliau kata terserah pada Johari untuk komen tulisan lognya dan minta beliau disiasat.-1/11/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 397  tetamu dalam talian