21Ogos2019

Isu 1.5 juta pekerja Bangladesh…jangan salahkan saya,kata TPM Zahid

Melihat kepada berjuta jumlah pekerja asing yang ada permit dan tanpa izin yang sudah ada di negara ini memang ada pihak yang kecut perut mengenangkan keputusan kerajaan nak benarkan bawa masuk 1.5 juta dari Bangladesh.

Ada yang kata boleh ‘ banjir’ Malaysia dibuatnya.

Tidak kurang yang desak kerajaan timbang semula keputusan itu.

Soalnya apakah kerajaan pakai hentam main semberono nak luluskan kemasukan pekerja asing serentak seramai itu?

Lojik akal kata tak mungkin kerajaan tidak fikir masak-masak hal itu.

Ini disahkan melalui penjelasan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai mengulas isu berkenaan Sabtu.

Kerajaan memutuskan benar baw amasuk 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat selama tiga tahun.

Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Shah Alam,beliau meminta rakyat tidak salahkan kerajaan sebaliknya memahami isu sebenar disebalik keputusan berkenaan.

Kata Zahid soal kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu diluluskan atas permintaan para majikan sendiri yang mungkin gulong tikar kerana tiada tenaga kerja…dan bukan atas kehendak kerajaan atau kerana nak kutip levi.

Majikan-majikan kata syarikat mereka tidak boleh berfungsi tanpa tenaga kerja yang mencukupi.

Katanya kerajaan mendengar permintaan para majikan dan hendak memenuhi keperluan mereka saja.

“Jangan salahkan saya,jangan salahkan kerajaan,jangan salahkan Kementerian Dalam Negeri,jangan salahkan Kementerian Sumber Manusia,”katanya.

Timbalan Perdana Menteri kata ini kerana rakyat Malaysia tidak mahu berkerja dalam sektor dimana pekerja Bangladesh kerja.

Beliau bertanya ,“Berapa ramai yang mahu kerja dalam sector perladangan.Bedrapa ramai yang nak kerja dibawah panas dan hujan dalam sektor pembinaan.Berapa ramai nak kerja dalam keadaan kotir,bahaya dan sulit ..tak ada.”

Zahid juga nafi kerajaan hendak hadkan peluang kerja kepada rakyat negara ini menerusi keputusan ambil pelkerja Bangladesh itu.- 13/2/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 317  tetamu dalam talian