20Julai2019

Ini penjelasan Shafee minta tangguh kes liwat Anwar sampai esok...

Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan permohonan pindaan petisyen rayuan oleh peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara sebab pasukannya perlu menangguhkan hujahnya, hari ini.

Ketika ditemui media di hadapan Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman di sini, sebentar tadi, beliau berkata, alasan lain adalah kelewatan pasukan peguam bela mengemukakan hujahan bertulis.

"Semua dia punya hujah bertulis yang dikemukakan kepada pendakwa raya diberi hari Selasa, sepatutnya diberi dua minggu sebelum ini.

"Mereka (peguam bela) turut buat dengan tergesa-gesa dan segera, permohonan untuk pinda petisyen rayuan, jadi kita tidak objek (bersedia).

"Petisyen itu merangkumi perkara baru yang dimuatkan dengan hujah. Sebab itu saya minta diberi masa supaya saya boleh membantu mahkamah memberi hujahan lebih efektif," katanya.

Beliau turut optimis untuk menjawab semua soalan dan hujah yang dibangkitkan pasukan peguam bela yang tamat berhujah tengahari ini.

"Saya boleh jawab semua soalan dibangkitkan mereka (peguam bela)," katanya memaklumkan hujahannya yang bermula esok sehingga tengah hari, turut akan disambung pagi Isnin.

Beliau turut menjelaskan hujahannya esok akan bermula dengan menjawab beberapa keterangan dibangkitkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram sebelum diakhiri dengan hujahan berkenaan integriti DNA.-30/10/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 331  tetamu dalam talian