24Mei2020

Agenda Daily

Ini komen Zahid pada dakwaan Dr Mahathir ‘UMNO sudah tiada’…

"Tak apalah, suka hati dialah."..itu antara kata Datuk Seri  Dr Zahid Hamidi yang nampak jelas malas nak layan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad konon UMNO sudah berkubur.
 
"Tak payahlah, Kan saya ada. Nampakkan? UMNO masih ada," katanya.
 
Ini ketika Presiden UMNO ditemui wartawan di lobi Parlimen Selasa untuk mengulas cakap Perdana Menteri itu dalam program Bicara Minda di Shah Alam Isnin bahawa UMNO yang pernah dipimpinnya sudah tiada apabila tergelincir dari matlamat asal perjuangan.
 
Dakwanya perjuangan UMNO ketika ini cuma untuk kekalkan Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.
 
Sementara itu Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan dalam satu kenyataan Selasa menegaskan bahawa ahli ahli UMNO akan tetap meneruskan perjuangan walaupun ditekan.
 
“Insya-Allah kami ahli UMNO akan terus istiqomah kekal dalam saf perjuangan walau ditekan teruk oleh pemerintah sekarang,” katanya.
 
Zahida membidas Dr Mahathir berulangkali dakwa pemimpin UMNO sebagai penyangak dan pencuri sejak pembangkang hinggalah sudah menjadi kerajaan.
 
Beliau mengingatkan sedangkan hakikatnya di era pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) jugalah rakyat menikmati bermacam-macam bentuk bantuan daripada kerajaan berbanding sekarang segalanya sudah dihapuskan.
 
Menurutnya  tiada salahnya dengan parti keramat ini, dan perlu diingat kerana ahli UMNO jugalah Dr Mahathir bertahan selama 22 tahun jadi Perdana Menteri dulu hingga berjaya menjadikan anak-anaknya bilionair.
 
“Adakah Tun sudah lupa? Sepatutnya kerajaan sekarang perlu fokus jalankan kerja kerja sebagai pemerintah,tunaikan janji janji ditabur pada PRU14 lepas dan membantu rakyat.
 
“Adakah Tun sedang dalam ketakutan sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen?” soal Zahida.- 23/10/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 576  tetamu dalam talian