25Mei2019

IMDB: Tak payah nak gamat sangat pasal saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika...

Gara-gara berita Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) Rabu memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwanya dibeli menggunakan dana yang dialihkan dari 1MDB,ada pihak khususnya media pembangkang berkerja overtime untuk gambarkan seolah nyawa kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak dihujung tanduk.
 
Sebaliknya kalau ikut jalan cerita sebenarnya dan melihat dari sudut peraturan dan perundangan tidak ada apa sangat yang perlu nak gamat.
 
Ini dapat dilihat menerusi respon dari Pejabat Perdana Menteri dan IMDB sendiri berhubung saman sivil berkenaan.
 
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dalam satu kenyataan pagi Khamis kata pihaknya ambil maklum Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dikatakan melakukan tindakan undang-undang kehakiman sivil terhadap aset 1MDB.
 
Beliau beri jaminan Kerajaan Malaysia akan bekerjasama sepenuhnya dengan apa-apa penyiasatan yang sah daripada syarikat atau rakyat Malaysia mengikut protokol antarabangsa.
 
Tengku Sarifuddin  memberitahu pihak berkuasa Malaysia mendahului dalam siasatan ke atas 1MDB dengan syarikat itu menjadi tumpuan beberapa siasatan dalam negara termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC). 
 
Menurutnya selepas siasatan dan kajian menyeluruh, Peguam Negara mendapati tiada unsur jenayah dilakukan. 
 
Serentak dengan itu beliau mengulangi jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana salahlaku yang terbukti.
 
Sementara itu kenyataan 1MDB dalam satu kenyataan kata pihaknya tidak memiliki aset di Amerika Syarikat dan tidak mempunyai sebarang manfaat daripada pelbagai transaksi dalam saman sivil yang didakwa difailkan Kerajaan Amerika Syarikat. 
 
1MDB berkata, pihaknya tidak dihubungi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau mana-mana agensi asing lain berkaitan siasatan mereka.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula berkata 1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
 
Katanya terlalu banyak tuduhan seperti kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, yang kemudian dibuktikan tidak benar - dalam hal ini pengesahan itu dibuat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dwipartisan.
 
"Ini bermakna mana-mana dakwaan berhubung 1MDB perlu ditangani dengan berhati-hati mengikut proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
 
"Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan terbukti di mahkamah," katanya ketika mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas 1MDB.
 
Salleh berkata derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan.
 
"Selepas siasatan menyeluruh oleh banyak pihak berkuasa, telah disahkan dana itu adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi seperti yang dinyatakan oleh menteri luar Arab Saudi pada 14 April," katanya.-21/7/2016
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 334  tetamu dalam talian