05Julai2020

Agenda Daily

ICERD: Ini amaran PAS kepada kerajaan Pakatan Harapan….

Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam sidang Dewan Rakyat pada Selasa beri amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan jangan mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang didakwa tidak adil kepada Islam dan rakyat Bumiputera.
 
Beliau menegskan PAS akan mengerahkan jutaan rakyat turun ke jalanan jika berlaku salah guna kuasa menggunakan Parlimen untuk mengiktiraf ICERD.
 
“Jangan melampaui batas, jangan langgar lampu merah yang sedang menyala dengan bersikap 'diberi betis, mahu peha'," katanya.
 
Haji Hadi beri peringatan itu ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) di Dewan Rakyat.
 
“Jangan dimainkan dengan ICERD... PH selepas pilihan raya tidak peduli demografi penduduknya.
 
“PAS memberi amaran sekeras-kerasnya, jangan salah gunakan Parlimen, ketahuilah mudah bagi PAS untuk kerahkan jutaan rakyat sekiranya Parlimen disalah guna untuk iktiraf ICERD yang tidak adil terhadap Islam dan Bumiputera,” katanya.
 
Menurut haji Hadi  pendirian PAS ialah jelas menolak ICERD dengan cara apa sekali pun.
 
Katanya Malaysia sejak daripada dahulu tidak pernah menerima ICERD.
 
“Sepatutnya ICERD dihadapkan Israel dan Myanmar kerana kekejaman kepada bangsanya dan bukan di negara ini... bukan di Malaysia yang sudah terima masyarakat majmuknya,”katanya.- 13/11/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 349  tetamu dalam talian