23Februari2020

Agenda Daily

Anwar pusing keliling dulu...siapa tahu kalau 'tak lepas' dia cabut...

altIbarat Sivaji The Bos...dari 3 hingga 8 Januari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buka gelanggang 'mahkamah rakyat' pusing keliling ke 18 bandar di semenanjung untuk bikin heboh menjelang keputusan kes liwatnya 9 Januari ini.

Apapun para penjenayah tegar - tak kira pembunuh, perompak, penyangak, perogol, peliwat atau perasuah - sila ambil ingatan jangan teragak-agak tiru macam Anwar buat roadshow untuk kasi ge mpak dan pertikaikan mahkamah ikut suka hati,jika ditakdirkan pakatan pembangkang tawan Putrajaya nanti.

Alasan mudah, main tuduh saja perbicaraan tidak adil,ada konspirasi dan macam-macam lain.Ini salah satu transformasi sistem perundangan negara yang mereka terlupa nak gariskan dalam Buku Jingga.

Al kisahnya Anwar akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.

Roadshow itu akan diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.

Di celah-celah kekalutan Anwar dan gengnya itu mengelupur nak hadapi penentuan 9 Januari, di kalangan bekas panglima perang Anwar semasa reformasi kes liwat pertama tahun 1998 dulu tertawa melihat gelagat ini kerana sudah dapat baca gerak langkah mereka.

Antaranya Zahid Mat Arip, bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan. Beliau menduga Anwar akan ‘all out’ untuk meracuni fikiran rakyat bagi bersimpati terhadap beliau dalam menjelang keputusan kes liwat ini.

Beliau tidak hairan jika roadshow itu disertai oleh isteri dan anak-anaknya yang menampilkan wajah sedih di seluruh negara bagi meracuni fikiran rakyat.

Katanya nanti ramailah khususnya 'pendatang baru' dalam PKR yang hendak menonjol diri jadi tukang memekak dengan nawaitu untuk jual nama nak jadi calon PKR dalam pilihanraya.

"Saya tahu kebanyakan yang buat kerja ni nanti budak-budak baru.Ini semua kerja bodoh kami sudah buat masa kes liwat pertama dulu jadi macai Anwar.

"Budak-budak baru ni semua tahu apa cerita pasal Anwar kecuali jadi kuda dia untuk selamatkan diri. Nak buat macam mana ramai yang suka diperbodohkan,"katanya.

Zahid sendiri tidak fikir kerajaan dan kehakiman gentar dengan perang saraf mereka nak mengugut cara begini.

"Negara kita ada undang-undang.Kalau setakat nak tuduh konspirasi siapa pun boleh tuduh.Pokok pangkalnya kamu liwat atau tidak Saiful. Keputusan itu ditentukan oleh mahkamah berasaskan hujah kes dan bukti yang ada," ujarnya.

"Apa mereka fikir mereka boleh huru harakan negara kalau Anwar didapati bersalah...kita sama-sama tengoklah nanti," tambahnya.

Zahid tersenyum bila berkata modus operandi Anwar dan gengnya sama saja sejak dulu.

Beliau tertawa dengan gelagat Anwar dan pasukan peguamnya lambat siang nak tuduh orang hina mahkamah kalau cakap tentang kes liwatnya."Ini nak buat roadshow..nak jelajah bukan cakap pasal kesnnya...bukan hina mahkamah ke...inilah bapak hipokrit besa,"tegasnya.

Zahid juga menduga nanti akan ada 'lakonan-lakonan' semasa roadshow atau demonstrasi." Apabila polis bertindak lebih sikit mulanya bising sedangkan  mereka sendiri yang langgar undang-undang dan engkar arahan polis supaya bersurai.

"You berani buat salah berhimpun secara haram segala macam ...you tanggunglah sendiri.Ini nak merengek dan nak mengadu pada NGO antarabangsa bila kena gas pemedih mata...ini lawak macam pondan,"katanya.

Sementara itu, bekas ketua PKR Pematang Pauh, Anuar Shaari pula berkongsi cerita menarik mengenai Anwar.

Katanya yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit Anwar di Kementerian Kewangan sebelum dipecat pada tahun 1998 itu, bekas bosnya itu bukan tabah sangat ketika dipenjara kali pertama pada tahun 1999 sehingga 2004.

“Pada satu peringkat, beliau merayu-rayu kepada ramai sahabatnya di luar untuk berusaha bebaskan dia dari penjara. Anwar kata dia dah tidak tahan duduk dalam penjara,”cerita beliau.

Menurut Anuar, antara yang ‘dirayu’ sampai hampir-hampir menangis adalah Ezam Mohd Nor yang ketika itu Ketua Pemuda Keadilan dan baru bebas dari Penjara Kajang.

“Ezam pernah cerita pada saya, Anwar terdesak untuk keluar penjara dan mahukan dia lakukan apa sahaja untuk tujuan tersebut,”kata beliau.

Kerana itu menurut Anuar, penasihat PKR pasti tidak akan sanggup dipenjara lagi kali ini.

“Dia akan cuba sedaya upaya untuk bangkitkan rakyat, guna mahasiswa, guna pekerja, road show seluruh negara, tetapi pada akhirnya, jika semua itu tidak sampai objektif yang dikehendaki, Anwar mungkin akan lari,” ramal beliau.

“Perkara ini akan semakin jelas seminggu sebelum 9 Januari, kita bakal saksikan bagaimana Anwar akan sehabis tenaga untuk memastikan jalan raya dipenuhi penyokongnya ketika keputusan dibacakan.

“Tapi jika tak jadi macam dia rancang, dia mungkin lari dan untuk mengelakkan diri digelar penakut, dia akan beritahu penyokongnya, melarikan diri itu sebahagian dari strategi jangka masa panjang… itu telahan saya berdasarkan pengalaman bersama Anwar,” katanya.-19/12/2011- OLEH HELME HANAFI




Hu ha...menjelang 9 Januari

Hari ini Selasa kita baca kenyataan Saifuddin Nasution menafikan dia ada mengeluarkan perkeliling untuk ajak ahli-ahli parti tersebut berkumpul pada 9 Januari untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur pada 9 Januari.

Betul le tu...tak kan kot Setiausaha Agung PKR tu bodoh sangat nak tulis pekeliling hitam putih ini bab. Itu memang kerja orang sewel.

Ewah...ewah ...tapi yang lain macam sikit dibaca ahli Parlimen Machang itu dakwa dia yakin ini kerja UMNO dok kasi gempak semacam.

Ramai kawan yang tanya entah apa bukti yang dia berani cakap begitu.

Kita sedia maklum Saifudin begitu gairah untuk mempertahankan bosnya.

9 Januari adalah tarikh yang ditunggu satu Malaysia. Hari itu hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bakal membacakan keputusan kes liwat bos PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibicarakan sejak tiga tahun lalu.

Lama sungguh bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan kena tunggu pengadilan kes yang tertangguh berkali-kali itu.

Saifuddin dan kawan-kawannya sudah tidak nampak apa kecuali hanya fikir dari angle nasib bosnya. Al maklumlah cukup takut hilang talian hayat politik mereka.

Dia orang peduli apa Saiful nak lingkup ke apa ke. Hak untuk 'keadilan' di atas muka bumi ini hanya untuk Anwar saja. Itu saja aturan main mereka.

Namun apa Kawan dengar di luar sana ramai juga orang yang bersimpati mengenangkan nasib Saiful yang terpaksa hidup menyepi sejak buat laporan polis dakwa diliwat bosnya tahun 2008 dulu.

Dalam penafiannya Saifuddin cakap " saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara."

"Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa UMNO," katanya lagi.

Apa lagi nak dikata...Saifuddin dan pemimpin yang masih setia dengan PKR kini amat terdesak, sudahlah dag dig dug dengan kes liwat...kes video seks lanyak GRO China yang dikaitkan dengan Anwar juga cukup bikin pening kepala nak jawab.

Pembangkang khususnya PKR sudah main macam-macam 'wayang' dalam usaha untuk perlekehkan video seks yang semua orang sudah lihat dengan mata kepala sendiri ada kelibat manusia bergerak 'sedang beraksi' atas ranjang dan naik turun lif apartmen.

Ikut ceritanya pembangkang PKR amat bimbang jika siasatan menyeluruh dan terperinci dibuat keatas kes video seks itu.

Kita pun tahu mati hidup balik mereka tidak akan mengaku secara terbuka siapa aktor utamanya...namun apa macam dalam hati kecil...tak kan tak kenal kot?.

Ada kawan-kawan yang minta sampaikan nasihat kepada Saifuddin kalau nak tuduh tu biarlah berpada-pada sebab orang yang berotak dapat nilai.

Cukup-cukup le...kes liwat dikata konspirasi UMNO dan selepas tu kes video seks juga kata konspirasi UMNO.

Kalau begitu kenapa takut sangat nak minta siasatan menyeluruh keatas video seks itu.

Bukankah pembangkang yang selama ini kaki asyik minta siasat itu ini.

Apakah takut segala macam daki dan lendir terburai di khalayak umum nanti?

Kalau Saifuddin dan kawan-kawan nak tahu ramai yang ternanti-nanti harinya,selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kata polis nak mulakan siasatan keatas kes video itu selepas selesai perbicaraan kes liwat.

Balik pada isu 9 Januari,siapa yang boleh lupa hu ha yang terjadi masa kes liwat pertama dulu.

Burung yang berkicau sudah bawa macam-macam cerita menjelang 9 Januari.Ini termasuk harapan puak-puak ini keputusan kes liwat Anwar boleh jadi faktor untuk kasi terbalik Putrajaya dalam PRU13.

Rajin-rajin layari internet waktu-waktu begini.

Jangan lupa Azmin Ali sendiri sudah 'gertak' masa kongres PKR yang baru lalu nak 'pecahkan tembok penjara'.

Pokok pangkalnya...Saifuddin dan Azmin nak cakap bergegar macam guruh sekalipun...undang undang tetap undang-undang

ikon-sembang-ok1
 
Kawan: akan wait and see...


- HELME HANAFI - 27/12/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 347  tetamu dalam talian