25Mei2020

Agenda Daily

Hishamuddin sedia bantu cari Jho Low di China...

Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedia guna hubungan beliau dengan sebilangan pemimpin China di masa lampau untuk membantu membawa pulang Jho Low jika ahli perniagaan yang dikaitkan dengan isu 1MDB itu berada di negara itu.
 
Bekas Menteri Pertahanan itu menilai Jho Low adalah satu elemen penting dalam isu IMDB dan beliau perlu dibawa pulang untuk selesaikan kes itu demi keadilan.
 
“Kalau saya boleh bantu, sampai ke lubang cacing sekalipun saya akan cari dia,”katanya.
 
Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen pada Isnin,Hishamuddin nafi beliau diminta oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk bantu sebaliknya tawaran berkenaan adalah secara sukarela.
 
“Sebab itu kalau ada desas desus saya nak ke China, ini bukan atas permintaan Putrajaya. Saya ada hubungan terdahulu dengan dengan kepimpinan China, kalau benar Jho Low di China, saya akan pastikan beliau dikembalikan dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
 
“Ada khabar angin mengatakan dia berada di China dan untuk memastikan sama ada beliau betul ada di negara itu, saya kena bercakap dengan pemimpin China dan kalau China enggan untuk menyerahkan Jho Low ke Malaysia saya nak tahu kenapa,” katanya lagi.
 
Apapun Hishamuddin tidak dapat pastikan samaada usahanya akan berjaya kerana ada kemungkinan Jho Low tidak ada di China.- 22/10/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 310  tetamu dalam talian