02Julai2020

Agenda Daily

Perhimpunan depan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi sokong PM

mahasiswa2513KEMASKINI Dalam langkah tindak balas terhadap perbuatan sekumpulan mahasiswa yang berarak ke PWTC dan insiden turunkan bendera Perdana Menteri Sabtu lalu, sekitar 1,000 berkumpul depan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya.

Perhimpunan aman itu yang bermula jam 2.30 petang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Aspirasi Mahasiswa antara lain bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mulanya sekitar 500 hadir kemudiannya jumlahnya bertambah hingga sekitar 1,000 orang.

Berbagai-bagai  sepanduk dan kain rentang dibawa oleh mereka. Suasana agak riuh dengan laungan dan pekikan mereka yang menghadiri perhimpunan itu.

Mereka menghantar dua memorandum satu ditujukan kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan satu lagi kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Kedua-dua memorandum tersebut diterima oleh wakil masing-masing.

Sebelum bersurai sekitar jam 4.10 petang, kumpulan mahasiswa tersebut melancarkan kempen 'Aman Kampus" yang akan digerakkan di seluruh universiti.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pengajian Tinggi memandang serius berhubung insiden menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa penyerahan memorandum bantahan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) oleh ahli kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia satu perbuatan yang biadab dan tidak wajar dilakukan kepada pemimpin negara khususnya Perdana Menteri.

"Saya telah menerima Memorandum Himpunan Aman Sokong PM oleh Persatuan Alumni ASPIRASI pada hari ini. Memorandum tersebut antara lain mengecam perbuatan menurun bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri itu," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Sehubungan itu, beliau berkata kementerian tidak akan berkompromi dan tidak bersetuju terhadap tindakan mana-mana individu mahupun kumpulan yang boleh mencemarkan imej Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekaligus menggugat hasrat kementerian untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

"Kementerian bersedia untuk menerima dan mendengar pandangan serta pendapat semua pihak termasuk mahasiswa," katanya.

Asalkan tindakan itu katanya, tidak di luar batasan moral, tidak berpelakuan biadap, menghormati hak orang lain dan berpegang pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

Insiden Sabtu lepas itu berlaku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semasa SMM dan BEBAS hendak menyerahkan salinan memorandum berhubung pemansuhan AUKU kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Selepas perjumpaan, mereka menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri kemudian digantikan dengan bendera SMM dan Bebas, bagaimanapun, mereka menaikkan semula bendera itu selepas ditegur pengawal keselamatan PWTC.-21/12/2011 - OLEH HELME HANAFI




demo-bendera3

mahasiswa513

mahasiswa1513

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 384  tetamu dalam talian