19Ogos2019

Fitnah: Timbalan Pengerusi SPR nak saman Mat Sabu dan Harakah

matsabuvvvv"Wan Ahmad tidak boleh dipercayai" - hebat bunyi tajuk pada akhbar Harakah baru ini menyentuh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Ia merujuk kepada dakwaan konon beliau terlibat dalam projek seleweng kad pengenalan untuk bantu menangkan Barisan Nasional di Sabah.

Apa yang nyata karut pada dakwaan itu ialah pada masa beliau dikaitkan itu,Wan Ahmad belum lagi bertugas dengan SPR.

Waktu itu  beliau berkhidmat sebagai diplomat di Kedutaan Malaysia di Amerika.

Jadi memang sah ia fitnah.

Atas sebab ini Wan Ahmad akan saman Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu,akhbar Harakah dan tiga pihak lain.

Bercakap dalam sidang akhbar di Shah Alam Khamis Timbalan Pengerusi SPR itu kata beliau telah menghantar notis tuntutan kepada Mat Sabu untuk memohon maaf sehingga esok (Jumaat).

Katanya kalau gagal beliau akan failkan saman terhadapnya.

Menurut Wan Ahmad memang ada pegawai SPR lain yang bernama " Wan Ahmad " tetapi orang itu sudah meninggal dunia.

"Kalau dia (Mat Sabu) buat sedikit penyelidikan dan semakan mesti dia tahu cerita sebenar, tapi niat jahatnya itu, ikut fakta tak penting tapi yang penting fitnah untuk tarik orang baca dan tujuan lain yang mereka mahukan.

"Banyak pihak keliru dengan laporan tersebut",katanya.

Wan Ahmad berkata, pengalaman yang dilaluinya melihat kebanyakan pemimpin pembangkang yang membuat fitnah tidak akan memohon maaf.

"Kita tak boleh biarkan orang yang tak bertanggungjawab dibiar begitu sahaja,"tegasnya- 14/2/2013- OLEH ROSLAN BIAN

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 269  tetamu dalam talian