14Disember2019

Agenda Daily

Demo Utusan: AMK bacul berdepan kebangkitan orang Melayu...

utusan-9APAPUN alasan yang diberi, satu pengajaran kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) jangan cuba-cuba 'main kasar' dan tunjuk hero kalau tidak bersedia berdepan dengan kebangkitan orang Melayu.

Ini kerana sejak kebelakangan ini institusi akhbar milik orang Melayu itu menjadi mangsa serangan bertubi-tubi Pakatan Rakyat.

Itu yang terjadi lepas Solat Jumaat semalam, bila AMK yang riuh hendak berdemosntrasi di depan ibu pejabat akhbar Utusan Malaysia sejak seminggu lalu, bayang pun tak ada, selepas Pemuda UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berkumpul bagi mempertahankan Utusan.

Sehingga di kalangan penyokong mereka yang hadir menyifatkan gembar-gembur AMK hendak mengadakan protes itu hanya 'gempak' orang bacul dan penakut.

AMK pimpinan Shamsul Iskandar Mohd Akin mewar-warkan kepada seluruh ahlinya untuk melakukan protes dan demontrasi di hadapan ibu pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin sebelum solat Jumaat bagi membantah lapuran akhbar Utusan Malaysia yang disifatkan melakukan propaganda dan memutarbelit isu pembangkang.

Bagaimanapun setelah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan PERKASA pula mengerahkan ahli-ahlinya untuk hadir bagi mempertahankan Utusan Malaysia, AMK membatalkan hasrat untuk mengadakan bantahan dan dikatakan akan dianjurkan pada hari lain.

Lebih 400 orang penyokong Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan pimpinan Rizalman Mokhtar, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan penyokong PERKASA berhimpun selepas solat Jumaat di Masjid Alam Shah, Jalan Pasar kemudian ke pejabat Utusan Malaysia bagi menyertai perhimpunan Wirawati PERKASA pimpinan Zaira Jaafar yang berada di situ sejak awal tenghari.

Sambil melaungkan 'Hidup Melayu' dan 'Hidup Utusan” mereka juga merentang 'banner' yang memaparkan sokongan terhadap Utusan Malaysia dan pihak polis telah membuat kawalan ketat di hadapan Ibupejabat Utusan Melayu.

utusan-3Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali telah menyerahkan memorandum sokongan terhadap akhbar tersebut kepada Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid.

Megat Firdouz yang ditemui wartawan selepas menyerah memorandum itu menegaskan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menjadi benteng mempertahankan Utusan Malaysia daripada terus dihina oleh mereka yang tidak pernah menghargai sejarah akhbar tersebut.

Menurutnya, AMK tidak pernah mahu menghargai peranan akhbar Melayu ini dan mereka tidak berani pun berdepan.

Katanya, “Utusan adalah akhbar berbahasa Melayu tertua di negara ini telah memainkan peranan besar terhadap penyatuan orang Melayu disamping peranannya melaporkan berita, Utusan juga dijadikan input pendidikan”.

Megat Firdouz berkata, “Pemuda UMNO tidak akan membiarkan kumpulan pembangkang itu berterusan bertindak melakukan kekecohan.

"Budaya biadab tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, mereka sudah buat kecoh di masjid, di mahkamah...sekarang di pejabat Utusan pula, kami tidak akan biarkan," katanya.

Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata, “PERKASA tidak akan bertolak ansur lagi dengan pihak-pihak yang cuba untuk menganggu-gugat kepentingan dan hak orang Melayu lebih lagi akhbar Utusan Malaysia yang menjadi lidah serta suara orang Melayu.

“Kita berikrar akan terus mempertahankan hak orang Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan, akhbar Utusan Malaysia merupakan sajian orang Melayu yang tidak akan basi sampai bila-bila”, katanya.

Kumpulan tersebut mula bersurai pada jam 3.30 petang setelah pihak polis meminta mereka berbuat demikian.-21/5/2011 OLEH LUKMAN ABDULLAH

utusan-2

utusan-4

utusan-5

utusan-8


PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 416  tetamu dalam talian