30November2020

Agenda Daily

Soalan ini Anwar dan Ambiga kena jawab...where are you?

ambiga-anwar513Status kapten sebuah kapal sama juga dengan mana-mana ketua.Cuba tanya kapten kapal apa kata-kata keramat yang mereka mesti pegang dalam tugas mereka.

Bukankah dalam situasi kemalangan dan nahas, kapten wajib orang terakhir yang akan meninggalkan kapal.

Siapa yang lihat filem Titanic tahu kaptennya tidak lari lintang pukang tinggal anak-anak buahnya dan penumpang kapal yang tenggelam itu.

Bercakap dalam kontek himpunan Bersih yang kecoh dekat Dataran Merdeka Sabtu...ramai yang bertanya mana pergi semua kapten...khususnya Datuk S Ambiga dan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Pelik menang pelik batang hidung kedua-duanya tidak nampak pada waktu 'susah'.

Berbeza dengan situasi Bersih 2.0 dimana kekecohan berlaku di berbagai lokasi ...kali ini Bersih 3.0 kekecohan bertumpu di jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka sahaja.

Apa yang semua orang kini lihat sejak dari petang Sabtu lalu, wujud percubaan bos-bos yang  terlibat menganjur Bersih 3.0 dan pemimpin pembangkang yang menyertai perhimpunan tersebut untuk distance atau memisahkan diri mereka dengan rusuhan itu.

Mereka sebaliknya cuba menyalahkan ‘peserta’ ‘agen provokator’‘polis’ sedangkan dalam masa yang sama, mereka yang bertanggungjawab menolak penganjuran di stadium seperti ditawarkan kerajaan.

Ketika tersebar ada peserta Bersih 3.0 yang menyerang polis,memukul sehingga parah wartawan, mengamuk pecahkan harta benda awam, Ambiga cepat-cepat mengaku ‘hilang kawalan’ terhadap peserta.

Beliau membuat kenyataan itu dalam sidang akhbar di KL Sentral...jauh dari jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka  ketika suasana kecoh masih membara.

be-anwarxx

Jika kita imbas balik apa yang terjadi, dengan mudah kita lihat, bagaimana Anwar dan orang kanannya Azmin Ali berada betul-betul di garisan pemisah antara peserta Bersih dan pagar keselamatan sebelum rempuhan berlaku.

Soal apakah ada signal Anwar dan Azmin supaya rempuh ...itu perkara kedua.Persoalan utama adalah, mengapa Anwar atau Azmin yang berada dil lokasi tidak mengambil sebarang langkah menghalang kejadian tersebut?

Dalam video di Youtube jelas kelihatan orang yang mula-mula buka pagar penghadang antara peserta Bersih dengan Dataran Merdeka berdiri betul-betul tepi Azmin.

Tidak kelihatan langsung Azmin menjerit atau melalak minta mereka berundur waktu itu.Dia hanya melihat sahaja.

Kita ibaratkan macam Tok Penghulu yang bertindak cepat meleraikan pergaduhan dalam kampong.

Dalam kes Bersih ia berlaku betul-betul depan mata mereka.

Ramai percaya, jika Anwar ,bertindak sebagai orang yang bertanggongjawab,berlari ke arah Dataran Merdeka di depan gerombolan  yang membuat rempuhan  dan tunjuk isyarat tangannya menghalang,pasti  peserta Bersih di situ akan mematuhi arahanya  dan patah balik.

Tapi Anwar tidak, Azmin pun tidak, bahkan sejurus meriam air dilepaskan, mereka hilang....ghaib dari pandangan mata.

Sampai jadi satu misteri pulak di kalangan wartawan dan orang ramai, dimanakah Anwar dengan cepat lesap ketika kecoh-kecoh itu?

Arahan rasmi Anwar suruh bersurai hanya selepas dua jam setengah berlaku rusuhan. Itupun melalui twitternya.

 Dia ada akal ke? ...siapa yang ada masa tengok twitter di telefon bimbit dalam keadaan kalut macam itu,

“Diminta semua bersurai segera. Saya dll pimpinan PR juga telah meninggalkan kawasan perhimpunan,”

ambiga513bbbb

Anwar cakap berpusing-pusing ketika ditanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR Isnin.Pun begitu soalan penting yang tidak dijawabnya adalah, mengapa beliau sebagai pemimpin utama tidak menghalang dan ke mana dia menghilangkan diri.

Dari sini sudah kita boleh melihat motif yang tersirat.

Kalau nak sebut dari sudut nilai kepimpinan....hancussss.

Yang jelas mereka cuma mahu glamour sahaja....waktu susah cabut.

Jadi apa nak hairan seorang peserta Bersih yang kecewa,Benjy Lim menyergah Anwar dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR Isnin kerana gagal kawal perhimpunan.
 
Sebab itu, bagi orang yang berjasa besar menaikkan Anwar dalam politik, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sudah menjadi modus operandi Anwar memberi arahan kepada peserta supaya merusuh dan kemudiannya beliau menghilangkan diri.

Menurut beliau, tindakan itu juga merupakan reputasi Anwarsejak dipecat daripada Kabinet.

"Jadi ini adalah reputasi (Anwar). Kali terakhir berlakua pabila mereka berdemonstrasi semasa saya menjadi Perdana Menteri, dia menghasut rakyat dan kemudian dia menghilangkan diri.

"Itulah modus operandi biasa Anwar, dia menghasut penduduk dan kemudian dia akan lari supaya orang tidak boleh menuduh beliau,''katanya ketika melancarkan Memoir Doktor Umum tulisannya di MPH Alamanda,Putrajaya Isnin.

Dr Mahathir tahu sebab beliau ada pengalaman sendiri lihat bagaimana tidak bertanggungjawabnya Anwar.

Siapa boleh lupa ketika Anwar berucap di Masjid Negara pada 20 September 1998, yang hentam DrMahathir kaw-kaw.

Dia sebut “mungkin suara kita tidak didengar di PWTC,mungkin suara kita tak didengar di Seri Perdana,”  

Yang kemudian menyebabkan orang ramai berarak ke PWTC,merosakkan bangunan UMNO, ada yang berarak ke kediaman rasmi PM di Seri Perdananamun berjaya dihalang polis.

Tapi apakah Anwar pemimpin yang bertanggungjawab?

Berdasarkan rekodnya tidak sama sekali, beliau dengan mudah menyalahkan orang lain, polis, peserta yang hilang kawalan, agen provokator dansemua orang kecuali dirinya dan orang yang dinaungi beliau setiap kali timbul masalah.

Cuma apa yang lawak adalah, seperti kata Ketua Pemuda UMNOKhairy Jamaluddin dalam twitternya, “Perhimpunan Bersih diadakan di tempat lain dan berlangsung aman, hanya di KL, di mana ada Anwar dan Azmin (yang jadi huru-hara), ianya sebab mereka…”-1/5/2012 - OLEH HELME HANAFI


Misteri mana Anwar hilang ketika kekecohan Dataran Merdeka bermula...

 [ LIHAT KEDEGILAN PESERTA BERSIH PATUHI ARAHAN BERSURAI  DI RUANGAN VIDEO AGENDADAILY] Biarlah apa pemimpin pembangkang atau bos Bersih, Datuk S. Ambiga nak kata pasal Bersih 3.0 di ibu negara, pada Sabtu.

Biarlah apa portal pro pembangkang nak spin termasuk dakwa polis bertindak ganas termasuk tembak air dan gas pemedih mata untuk suraikan peserta demo yang seolah-olah kena rasuk apabila ada antaranya sanggup menyerang polis dan merosakkan kenderaan pihak berkuasa itu.

Namun hakikatnya yang berlaku depan mata wartawan Agendadaily serta wartawan lain malah peserta Bersih juga pihak polis, insiden merempuh sekatan polis di  Dataran Merdeka mungkin berpunca dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau tiba dipersimpangan Jalan Raja dan Jalan Tunku Abdul Rahman dari Masjid Negara kira-kira jam 2.35 petang menaiki kenderaan pikup dipercayai milik seorang anggota unit amal PAS.

Bersama Anwar yang memakai baju kuning adalah Lim Kit Siang, Nurul Izah, Fauziah Salleh dan Cikgu Bard.

Hampir 20 minit Ketua Pembangkang itu berada di atas kenderaan itu sambil melambai-lambai tangan kepada perserta Bersih. Begitu juga Nurul Izah dan Fauziah.

Anwar juga menunjukkan isyarat meminta peserta Bersih 3.0 memberi laluan kepada kenderaan dinaikinya untuk membelok ke Jalan Tunku Abdul Rahman.

Sebaik sahaja kenderaan itu membelok, Anwar kelihatan seperti  memberi isyarat tangan langgar kawalan polis ke Dataran Merdeka.

Pada ketika itu terdengar jeritann 'masuk...masuk' dan seorang lelaki India dipercayai pemimpin PKR dari Negeri Sembilan menolak pagar yang diletakkan polis selepas kawat berduri yang dijadikan pagar dirosakkan peserta Bersih.

Selepas itu, peserta bersih terus meluru masuk dan anggota polis barisan depan yang berkawal di halangan berpagar itu bergerak ke belakang.

Serentak itu, anggota FRU yang bersiap sedia di barisan kedua bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta demo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan di Jalan Raja Laut bertentangan bangunan ibu pejabat DBKL.

Hampir setengah jam pihak polis cuba menyuraikan peserta dari kedua-dua arah dan dari arah Pudu Raya.

be-dekatxx

Selain gas pemedih mata, tembakan water canon dilepaskan kearah peserta bertujuan menyuraikan mereka.

Kira-kira jam 3.30 petang, apabila keadaan agak terkawal dengan polis berjaya mengusir peserta beredar kira-kira 500 meter dari Dataran Merdeka, kelihatan puluhan peserta demo lelaki dan wanita berjaya ditahan.

Ketika polis sibuk bertugas, kalangan wartawan yang berkumpul semula di simpang masuk ke Dataran Merdeka, mula tertanya-tanya di mana Anwar dan pemimpin pembangkang lain ketika polis berusaha menyuraikan peserta perhimpunan itu.

Kenderaan pikup yang dinaiki ahli parlimen Permatang Pauh itu masih berada di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Apakah Anwar dan geng-gengnya dapat melepaskan diri dari terkena gas pemedih mata atau water cannon ?

Apakah Anwar melompat terjun dari kenderaan itu, tercederakah pinggangnya yang didakwa sebelum ini sakit?

Persoalan itu terus berlegar dikalangan petugas media.

Hanya kira-kira jam 5.30 petang, Anwar menerusi twitternya meminta peserta BERSURAI.

Beliau mendakwa perhimpunan itu berjaya.

Apakah itu hanya wayang Anwar atau kerana beliau mulai bimbang jika mengetahui ada insiden merampas pistol milik polis dan kenderaan polis diserang serta diterbalikkan?.

Bagaimanapun, sebelum itu tidak ada mana-mana media termasuk portal pro pembangkang melaporkan di mana dan apa terjadi kepada Anwar dan geng-geng beliau ketika polis bertindak.

Agendadaily sendiri berteka teki mencari jawapan dua soalan itu.

Namun, apabila terserempak dengan Pak Din – orang tua yang selalu kelihatan mengiringi  Anwar  sana sini di Hotel Swiss terletak dekat simpang Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak, lokasi petugas Agendadaily menginap dan melaporkan berita, ianya seakan clue – timbul tandatanya apakah Anwar menyembunyikan diri di hotel tersebut ketika polis melepaskan gas pemedih mata serta water cannon.

Ketika menyapa Pak Din, lelaki itu berdasarkan body language cuba menggambarkan Anwar tiada di hotel tersebut.

Apapun, kira-kira jam 6.30 petang, wartawan Agendadaily terserempak dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di dalam lif di hotel itu.

Ibarat sudah terang lagi bersuluh, penemuan itu mungkin jawapan bahawa Anwar berada di hotel itu ketika peserta lain bertempiaran melarikan diri.

Lagipun jarak kenderaan pikup yang ditinggalkan dengan hotel itu cuma kira-kira 30 meter – satu jarak yang cukup untuk Anwar berlari masuk ke hotel menyembunyikan diri.

Mustahil Anwar lari bersama-sama perserta demo lain.

Kesimpulannya, jika ini benar jelaslah insiden rempuhan untuk masuk dan menguasai Dataran Merdeka kira-kira jam 2.55 petang, Sabtu adalah satu perancangan teliti mengambil kia faktor masa dan jarak.

Lagipun sebelum peristiwa itu Anwar ketika berucap berhampiran Masjid Negara terang-terang mengajak orang ramai supaya "memerdekakan" Dataran Merdeka hari ini.

"Hari ini kita tidak boleh undur dari tuntutan kita tuntut pilihan raya yang bebas. Duduk semua.

"Kita akan ke Dataran dan merdekakan dataran kita hari ini," kata Anwar penuh semangat disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Katanya, orang ramai berkumpul hari ini bagi menuntut hak rakyat mendapat pilihan raya bebas dan adil yang didakwa menjadi mangsa "penipuan" SPR.

Sebenarnya, siapa ditipu?

Polis berdasarkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 menggunakan pendekatan bertahan dan tidak bertindak terhadap mana-peserta demo malah mereka tidak keluar dari benteng yang dibina sekitar laluan masuk ke dataran itu.

Mereka hanya bertindak selepas sekatan itu dirempuh peserta selepas mendapat isyarat tertentu termasuk daripada Anwar.

Jika benar dan beliau kemudian melarikan diri serta  bersembunyi di hotel itu, jelaslah peserta demo  terus ditipu dan diperalat pembangkang yang kononnya berjuang atas matlamat mahukan pilihanraya bebas dan adil.

Namun, janganlah pelik jika esok Anwar dan pemimpin pembangkang mendakwa beliau dan yang lain cedera dan sebagainya kerana sandiwara mereka ketika Bersih 2.0 tentu masih segar dalam ingatan orang ramai.

Mungkin melihat jumlah pserta himpunan tidak menepati sasaran 500 ribu orang, tidak mustahil Anwar dan Ambiga akan merancang Bersih 4.0 pula.

Skrip Bersih akan terus berulang dan mungkin ramai lagi akan jadi mangsa selagi Anwar tidak dapat menjejak kaki ke Putrajaya.

Kepada rakyat semua, terutama ibu bapa yang terpaksa mengheret anak kecil untuk berdemo siang tadi, tetapi akhirnya ditahan polis...tepuk dada tanya selera. – 28/4/2012- OLEH ROSLAN BAIN





Dataran Merdeka kini kawasan larangan dari awal pagi Sabtu hingga 1 Mei

KEMASKINI : Dari segi undang-undang kawasan Dataran Merdeka kini merupakan kawasan larangan dari awal pagi Sabtu hingga  Selasa 1 Mei ini.Ini ekoran Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan surat perintah melarang sebarang perhimpunan atau orangramai berada di dataran berkenaan.

Selain Dataran Merdeka, jalan-jalan menghala ke situ yakni  Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja and Jalan Kelab turut terlibat.

Permohonan bagi mendapatkan perintah berkenaan dibuat oleh pihak polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner, Datuk Mohamad Salleh sesiapa yang ingkar perintah mahkamah akan ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 188 Kanun Jenayah yang mebawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua jika disabit kesalahan.-27/4/2012





DBKL tutup sementara Dataran Merdeka dari pagi Jumaat hingga pagi Ahad



Sebagai langkah berdepan dengan penganjur Bersih yang terus tunjuk keras kepala - Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail  mengeluarkan satu kenyataan Khamis memberitahu Dataran Merdeka  akan  ditutup sementara kepada orangramai  dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuatkuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.

Katanya  penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan penganjur satu perhimpunan yang mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

DBKL telah menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Perbadanan Stadium Malaysia juga dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi perhimpunan. - 26/4/2012


Dataran Merdeka: Hormati undang-undang, kata Najib

Ini sindiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada 'hulubalang-hulubang tempang' Bersih 3.0, bahawa kehandalan seorang pendekar itu bukan diukur dengan bilangan seteru yang ditumbangkan, sebaliknya ia dihitung dengan kedaulatan dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat negaranya. Umum tahu 'hulubalang tempang' Bersih 3.0 cuba buat kacau apabila terus berdegil hendak buat juga perhimpunan di Dataran Merdeka biarpun pihak berkuasa sedia menimbangkan premis yang lebih sesuai seperti Stadiam Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.

Najib menegaskan bahawa negara mengamalkan demokrasi berparlimen, yang mana kuasa mutlak bukanlah menerusi laras senapang atau dihujung keris sebaliknya kuasa mutlak adalah di tangan rakyat.

"Penentuannya adalah sekali dalam masa lima tahun dalam sistem demokrasi berparlimen.

Oleh itu, segala kebaikan yang ada pada kesudahannya mestilah dipindahkan dalam bentuk sokongan melalui peti undi.

"Kerana itulah yang akhirnya akan mentukan siapa yang akan memegang kuasa mutlak dalam negara yakni pentadbiran negara dan kerajaan pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan 'Malam Pendekar: Perhimpunan Pesilat Kebangsaan' sempena Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Najib juga berbangga dengan semangat yang ditunjukkan golongan pesilat yang boleh menghormati undang-undang ketika diminta oleh DBKL untuk menukar lokasi perhimpunan yang awalnya dijadualkan akan berlangsung di Dataran Merdeka.

"Mengapa perkara sama tidak boleh dilakukan oleh badan-badan atau persatuan tertentu,"soalnya.

Tegasnya, menghormati undang-undang merupakan intipati kewujudan negara dan sekiranya sayang dan cintakan negara, maka tentunya mereka tidak ingin melihat huru-hara berlaku pada negara.

Perdana Menteri berkata, jika negara berada dalam keadaan terumbang-ambing tentunya akan menggugat kepentingan negara.

Katanya, kerajaan tidak mampu membiarkan perkara sedemikian daripada berlaku, malah untuk mencegahnya kerajaan telah membentangkan rang undang-undang di Parlimen untuk mengimbangi di antara hak asasi manusia, kebebasan individu atau sivil dan juga kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Najib berkata, itu merupakan prinsip yang sangat mulia bahawa kebebasan tidak boleh dianjurkan secara mutlak, dalam erti kata boleh berbuat sesuka hati tanpa memikir kepentingan masyarakat dan negara pada keseluruhannya.

Beliau berkata, kebebasan sebegitu merupakan kebebasan yang akan membawa kepada keadaan yang mudarat kepada negara.

Najib menegaskan, bahawa apa jua yang hendak dilakukan mestilah ada perseimbangan antara hak individu dan juga kepentingan masyarakat pada keseluruhannya.

"Oleh itu para pesilat telah menujukkan pada malam ini bahawa anda menyanjung tinggi prinsip yang mulia ini, tahniah saya ucapkan," katanya.

Menurut beliau, pendekar sejati tentunya memahami falsafah persilatan secara cukup mendalam dengan menggunakan akal fikir yang jernih lagi bening yang pastinya akan mendahulukan watannya apabila dikehendaki.

"Semangat kependekaran bukan terjadi dengan sendirinya...oleh itu saya amat sukacita apabila Mahaguru Tan Sri Omardin Mauju memulakan gelombang kependekaran di beberapa negeri di mana kemuncaknya adalah pada malam tadi.

"Saya percaya pendekar semua menyokong padu gelombang ini dan saya yakin dan percaya saudara, saudari, pendekar dan perwira amatlah layak digelar sebagai barisan ketiga pertahanan negara," katanya.

Najib berkata, kerajaan juga berbangga dengan tahap disiplin yang ditunjukkan pesilat kerana akur dan menghormati peraturan dan undang-undang negara.

Beliau berkata, satu daripada tiang seri negara ialah bahawa tertegaknya negara adalah kerana rakyat Malaysia menghormati kedaulatan undang-undang, bertentangan dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa pesilat adalah sebaliknya.

Beliau berkata, perhimpunan yang berjaya menghimpunkan kira-kira 15,000 pesilat kali ini telah membuktikan bahawa pesilat adalah antara yang mempertahankan kedaulatan dan undang-udang negara.-26/4/2012

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 406  tetamu dalam talian