18Jun2019

Dah pulak…Peguam Najib kata no problem…kerajaan tak mau siar live perbicaraan

Perbicaraan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan 38 tuduhan sudah tentu detik yang ditunggu tunggu.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara seorang bekas Perdana Menteri dituduh di mahkamah.
 
Sudah pasti semua orang hendak tahu setiap detik khususnya hujah peguam pendakwa dan peguam bela segala macam.
 
Ini semua hanya boleh diketahui jika perbicaraan itu dapat disiarkan secara live menerusi televisyen atau media online.
 
Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang akan membela Najib kata beliau tidak mempunyai sebarang isu sekiranya perbicaraan itu disiarkan secara langsung kerana prosiding itu akan dijalankan dengan telus.
 
Malah beliau menyifatkan cadangan untuk menyiarkan perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu idea bernas.
 
Muhammad Shafee berkata beliau tidak mempunyai sebarang isu sekiranya perbicaraan itu disiarkan secara langsung kerana prosiding itu akan dijalankan dengan telus.
 
"Cadangan itu satu cadangan yang bagus...biar semua orang tahu apa yang berlaku sepanjang perbicaraan.Tiada apa yang perlu disembunyikan," katanya
 
Namun idea ini ditolak oleh kerajaan.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang ditemui wartawan di lobi Parlimen Khamis kata kerajaan tidak akan menyiarkan siaran langsung perbicaraan kes mahkamah Najib.
 
Beliau beri alasan ini kerana stesen televisyen kerajaan mempunyai saluran yang terhad.
 
"Tiada siaran langsung sebab RTM ada saluran yang terhad.Bernama pun ada banyak lagi benda nak buat liputan yang lebih penting.
 
"Tetapi berita perbicaraan kita akan siarkan seperti biasa, sama seperti kes-kes mahkamah lain," katanya.
 
Untuk rekod dalam sejarah negara belum pernah ada siaran langsung dibuat untuk mana mana perbicaraan.
 
Malah sejak dulu pun jurugambar tidak dibenarkan ambil gambar dalam ruang kamar perbicaraan.
 
Cuma wartawan sahaja dibenar masuk dan catat butir perbicaraan untuk bahan berita.
 
Namun kes Najib dikira lain dari yang lain yang pasti mengundang perhatian ramai hendak mengetahui perjalanan perbicaraan secara terperinci.
 
Lagi pun tuduhan tuduhan yang dibuat termasuk berkaitan 1MDB menjadi isu sepak terajang politik hingga menjadi salah satu faktor kejatuhan kerajaan yang memerintah lebih 61 tahun.- 1/11/2018
 
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 394  tetamu dalam talian