21April2019

“Cukup cukuplah”…Najib ingatkan kerajaan Pakatan Harapan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil secara live menerusi facebook Selasa malam meminta kerajaan Pakatan Harapan hentikan mainan sentimen salahkan beliau dan kerajaan BN dulu sebaliknya tumpu usaha betulkan tabir urus mereka khususnya soal ekonomi negara.
 
Sambil mengingatkan kerajaan supaya akui kelemahan dan kegagalannya beliau berkata “Cukup-cukuplah dengan ‘salah Najib’ dan ‘Ini semua salah BN’.
 
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, BN kini sebagai pembangkang akan terus memainkan peranan secara membina dan konstruktif.
 
"Kita tiada niat selain mengetegahkan pandangan dan buah fikiran agar dapat melihat amalan demokrasi Parlimen yang sihat demi untuk negara tercinta," katanya.
 
Najib menilai selama hampir 200 hari kerajaan PH memerintah Malaysia belum melihat dengan jelas hala tuju pentadbiran negara khususnya dalam soal pengurusan ekonomi.
 
"Sepatutnya seluruh perhatian dan tenaga mereka digunakan untuk selamatkan ekonomi negara, melindungi kepentingan rakyat dan menghadapi persekitaran ekonomi yang kian mencabar," katanya.
 
"Semua bidang dan negara mengalami penurunan, pelancongan umpamanya, pelancong paling ramai dari China menguncup dengan besar iaitu 35 peratus dan menyebabkan kehilangan hasil pendapatan negara sebanyak RM13 bilion," katanya
 
Najib berkata, dalam soal hala tuju negara, kelihatan terlalu banyak yang bersifat u turn  dan juga penjenamaan semula apa yang dilaksanakan kerajaan BN.
 
“Ada juga yang amat mengelirukan atau ada setengah pihak kata menipu rakyat. Umpamanya hutang negara dikatakan 1 trilion tapi bila dokumen kajian semula RMK11 dibentangkan di parlimen dokumen itu mengesahkan bahawa hutang negara hanya RM668 bilion.
 
“Satu angka yang kita telah guna selama ini dan dokumen PH sendiri telah mengesahkan bahawa itu adalah saiz sebenar hutang negara,” katanya.
 
Najib mengimbas kembali bahawa dalam soal saiz ekonomi pada masa beliau mengambil alih kepimpinan negara pada 2009 ialah sekitar RM713 billion.
 
“Bila saya meninggalkan jawatan telah sampai ke tahap RM 1.35 trilion. Dan kita telah menunjukkan kadar pertumbuhan yang agak pantas dan kita telah meramalkan negara mampu mengembangkan ekonomi sehingga menjadi RM2 trillion menjelang 2020,” katanya. 30/10/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 282  tetamu dalam talian