24Mei2020

Agenda Daily

Bekas KSU Perbendaharaan Dr Irwan ditahan untuk didakwa Khamis…

SPRM telah menahan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah petang Rabu menjelang didakwa di mahkamah Khamis berhubung kes pecah amanah membabitkan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).
 
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut dipanggil beri keterangan kes sama  dibebaskan dengan jaminan SPRM.
 
SPRM dalam satu kenyataan berkata, Irwan Serigar akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama Najib Jumaat.
 
Difahamkan Irwan ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan pada pukul 3.25 petang.

Najib pula tiba jam 1.55 tengahari dan pulang jam 5 petang.
 
SPRM turut menggeledah rumah Irwan Serigar di Presint 8 di Putrajayai selepas beliau dibawa keluar oleh lima pegawai SPRM pada pukul 4.30 petang dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna.
 
Tindakan itu bagi mendapatkan bukti mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan IPIC.
 
Operasi mengeledah rumah itu berakhir 15 minit kemudian sebelum beliau dibawa semula ke ibu pejabat SPRM untuk meneruskan sesi mengambil keterangan.- 24/10/2018
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 303  tetamu dalam talian