21September2020

Agenda Daily

Banjir: Dulu datang berendam... sekarang tunjuk muka pun tidak

Gambar diatas diambil dua tahun dulu, ketika banjir besar melanda negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ketika semu pihak sibuk bagi bantuan sana-sini, pemimpin pembangkang datang berposing sakan sambil berendam dalam air banjir.

Itu cerita dua tahun dulu, yang terkini, jangan kata berendam, tunjuk muka pun tidak... nak bagi bantuan jauh sekali.

Tapi sembang merekalah jaguh pembela rakyat.

Sebaliknya yang berkampung siang malam adalah pemimpin kerajaan, bantuan dan peruntukkan diberikan tanpa mengira sama ada sesebuah negeri itu dikuasai oleh kerajaan mahupun pembangkang kerana apa yang lebih diutamakan membela nasib rakyat.

Malangnya saban tahun juga, kita boleh perhatikan bagaimana pemimpin pembangkang, lebih sibuk untuk mencari salah kerajaan daripada turun padang untuk meninjau penduduk.

Lebih malang ada pula yang sanggup memperlekehkan sumbangan kepada mangsa banjir, iaitu penghinaan daripada bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau yang  mempersoalkan sama ada sumba­ngan kepada mangsa banjir perlu mempunyai sijil halal atau sebaliknya.

Ia jelas ti­dak menghormati perasaan mangsa banjir yang amat memerlukan soko­ngan seluruh rakyat ketika ini dalam menempuh dugaan besar itu.

Begitu juga dengan pemimpin pembangkang yang lain termasuk Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan pemimpin PKR, PAN serta DAP yang lain.

Mereka lebih sibuk mempertikai mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ada pula yang melakukan serangan dan membangkitkan kemarahan ramai dengan menyatakan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah manakala ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Ya­yasan 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB) tidak mendapat haji yang mabrur.

Berbanding dengan kerajaan, banyak bantuan telah diumumkan kepada mangsa banjir malahan Najib sendiri turun untuk melawat mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Dalam lawatan itu, beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan kemudahan tambahan kepada sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir bagi memberikan ke­selesaan kepada mangsa-mangsa bencana alam itu.

Najib juga memaklumkan kerajaan akan meneliti cadangan supaya sebuah jambatan dibina di Jalan Kasban di Kampung Nibong bagi menyelesaikan isu ‘banjir termenung’ yang berlaku setiap kali musim tengkujuh di kawasan itu.

Manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dalam lawatan ke pusat banjir telah mengumumkan beberapa bantuan iaitu peruntukan RM800 juta untuk melaksanakan dua projek penyelesaian jangka panjang masalah banjir di Kelantan.

Sementara Hishammuddin pula memberi jaminan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membaik pulih rumah mangsa yang rosak akibat banjir di bawah program Jiwa Murni.

Begitu juga dengan pemimpin UMNO yang lain. Meskipun mereka dijadualkan terlibat dalam satu mesyuarat, namun mereka telah membatalkannya semata-mata untuk turun membantu mangsa banjir yang sedang menderita itu.

Inilah kerajaan yang kita mahu, prihatin nasib rakyat, bukannya mereka yang hanya tahu berpolitik tetapi apabila berlaku bencana, langsung tidak menjenguk muka. Inilah perangai sebenar pembangkang.

Mereka hanya turun mencari penduduk apabila dekat dengan pilihan raya, selepas itu mereka terus menghilang. Bencana banjir ini boleh dijadikan sebagai contoh untuk melihat sikap sebenar pembangkang.

Mereka lebih banyak `berkokok' daripada keluar membantu rakyat.

Akhirnya, kalau dulu ada juga gambar Mat Sabu rendam badan dalam banjir, tahun ini satu keping gambar pemimpin pembangkang pun tidak nampak.-9/1/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 577  tetamu dalam talian