25Mei2020

Agenda Daily

Bangkitlah…UMNO tidak akan terbubar dari dalam – Zahid

Pada ketika berdepan pelbagai tekanan termasuk siasatan dan kes mahkamah…Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.  Zahid Hamidi mengingatkan ahli UMNO mereka tidak perlu gentar pada usaha untuk membubarkan parti.
 
Beliau menegaskan biarkan usaha pembubaran dilakukan pihak berkuasa namun UMNO tidak akan terbubar dari dalam.
 
“Biarpun pemimpin-pemimpin disiasat dan diheret ke mahkamah, UMNO tidak akan terbubar dari dalam.Biarkan usaha pembubaran dilakukan pihak berkuasa, UMNO akan tetap bangkit semula. Bangkitlah!!!,” katanya melalui akaun Twitternya pada Selasa.
 
Zahid dipercayai membuat posting di twitter untuk membangkitkan semangat kalangan ahli parti gara gara pelbagai spekulasi berlegar kebelakangan ini termasuk usaha menguburkan UMNO.
 
Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam program Bicara Minda di Shah Alam Isnin mendakwa UMNO yang pernah dipimpinnya sudah tiada apabila tergelincir dari matlamat asal perjuangan.
 
Dakwanya perjuangan UMNO ketika ini cuma untuk kekalkan Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.
 
Zahid yang ditemui wartawan di lobi Parlimen pagi Selasa jelas malas nak layan komentar Perdana Menteri itu.
 
"Tak apalah, suka hati dialah.Tak payahlah, Kan saya ada. Nampakkan? UMNO masih ada," . 
 
Sementara itu Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan dalam satu kenyataan Selasa menegaskan bahawa ahli ahli UMNO akan tetap meneruskan perjuangan walaupun ditekan.
 
“Insya-Allah kami ahli UMNO akan terus istiqomah kekal dalam saf perjuangan walau ditekan teruk oleh pemerintah sekarang,” katanya.
 
Zahida membidas Dr Mahathir berulangkali dakwa pemimpin UMNO sebagai penyangak dan pencuri sejak pembangkang hinggalah sudah menjadi kerajaan.
 
Beliau mengingatkan sedangkan hakikatnya di era pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) jugalah rakyat menikmati bermacam-macam bentuk bantuan daripada kerajaan berbanding sekarang segalanya sudah dihapuskan.
 
Menurutnya  tiada salahnya dengan parti keramat ini, dan perlu diingat kerana ahli UMNO jugalah Dr Mahathir bertahan selama 22 tahun jadi Perdana Menteri dulu hingga berjaya menjadikan anak-anaknya bilionair.
 
“Adakah Tun sudah lupa? Sepatutnya kerajaan sekarang perlu fokus jalankan kerja kerja sebagai pemerintah,tunaikan janji janji ditabur pada PRU14 lepas dan membantu rakyat.
 
“Adakah Tun sedang dalam ketakutan sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen?” soal Zahida.- 23/10/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 357  tetamu dalam talian