22September2019

Awas...Parlimen mungkin 'kena liwat'

 

Entahlah samaada ini 'udang disebalik batu' permohonan pengampunan oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diserahkan kepada Istana Negara petang Selasa.Apapun kata orang lu fikirlah sendiri.

 

Ini gara-gara episod drama terbaru isu liwat yang mahu dibikin terus panas.

 

Semua orang mungkin sudah tahu Setiausaha Agung PKR,Rafizi Ramli yang sebelum ini turut 'terkejut' keluarga Anwar buat permohonan pengampunan,Rabu buat kenyataan desak Anwar dibenar hadiri sidang Parlimen yang akan bermula 9 Mac ini.

 

Alasannya - anak didik Anwar ini petik kata-kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bosnya masih kekal Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga Yang Dipertuan Agong putuskan permohonan pengampunan.

 

Katanya sebagai Ketua Pembangkang Anwar mesti dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat bermula 9 Mac,"katanya.

 

Ikut Rafizi lagi PKR dan para peguam Anwar kini sedang berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat mengenai hal ini.

 

Sebelum kita pergi lebih jauh elok juga tanya Rafizi betulkah dia 'terkejut' dan tidak tahu menahu cadangan keluarga Anwar nak mohon pengampunan atau ini sebahagian dari skrip drama?

 

Lojik akal kata sudah tentu surat permohonan pengampunan itu perlu dirangka dengan teliti dan biasanya memerlukan nasihat pakar undang-undang dan orang sekeliling.

 

Kalau Rafizi nak tau itulah antara soksek yang berlegar mengenai kisah kononnya semua bos-bos besar PKR tak tahu menahu keluarga Anwar nak mohon pengampunan.

 

Malah ada sumber dalam PKR sendiri tertawa mendengar al-kisahnya ini.

 

Tolak sebelah hal ini,rasanya Rafizi dan semua bos-bos PKR tahu sangat istilah 'liwat'.

 

Dari sudut agama ia memang satu kemungkaran besar dan keji .Kalau ikut cerita zaman dulu pesalah seperti ini direjam dengan batu sampai mati.

 

Dari sudut undang-undang negara ia jenayah.

 

Bab PKR,keluarga Anwar dan geng mereka dakwa Anwar tak bersalah..itu adalah cakap mereka untuk mempertahankan Anwar.

 

Fakta di depan mata sekarang ialah mahkamah dapati beliau bersalah dan hukumnya lima tahun penjara.

 

Parlimen adalah tempat yang dikira amat penting bagi negara.Ia lambang pemerintahan dan sistem negara ini.

 

Memetik kata-kata popular bahasa Inggeris " Oh,My God" ....seorang peliwat dalam Dewan Rakyat.

 

Bayangkan senario itu.

 

Juga bayangkan locus standi seorang yang sudah dihukum oleh mahkamah bersalah meliwat nak berbahas segala macam isu untuk negara dalam sidang Parlimen.

 

Siapa boleh tolak kemungkinan jangan-jangan sidang Dewan Rakyat nanti akan bertukar jadi 'mahkamah' kalangan Ahli Parlimen asyik bertekak isu kes liwat.

 

PKR nampak sangat peduli apa semua itu dalam usaha untuk mencapai matlamat politik.

 

Silap haribulan...intregriti dan imej Parlimen macam nak ' kena liwat' sampai tahap gaban begini.

 

Apa lagi kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.

 

Adalah tidak menghairankan PKR terus cuba dan cuba menyelinap menerusi setiap lubang butiran perundangan yang ada untuk tujuan itu.

 

Mungkin mereka nampak lubang itu dari permohonan pengampunan ini.

 

Soalnya bolehkah alasan kerana Anwar masih Ahli Parlimen sehingga keputusan pengampunan diputuskan maka beliau wajib dibenar hadir sidang Parlimen digunapakai dalam situasi yang kronik ini.

 

Ikut cakap Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidy Tuanku Jaafar Anwar boleh memohon kepada Jabatan Penjara dan Parlimen untuk hadir sidang Parlimen.

 

Katanya kes membabitkan Anwar adalah suatu yang berbeza kerana ia kali pertama situasi tersebut berlaku dalam negara dan penelitian daripada sudut perundangan serta peraturan penjara perlu dilihat terlebih dahulu.

 

Apapubn kalau kita selak balik sejarah negara ini memang belum pernah ada kes seorang Ahli Parlimen yang sudah dijatuhkan hukum dan dipenjarakan dibenar hadir sidang Parlimen.

 

Rasanya dalam Parlimen mana-mana negara lain di dunia ini pun boleh pernah dengar cerita macam ini.

 

Moralnya di sini cukup jelas...seorang peliwat merasa berhak untuk hadir sidang Parlimen kerana masih kekal Ahli Parlimen sementara tunggu keputusan permohonan pengampunan.

 

Apa kata...seorang bergelar Datuk,banduan salah rasuah berjuta yang juga mohon pengampunan dan sedang menunggu keputusan mengunakan alasan sama memekik dia pun ada hak untuk hadir mesyuarat lembaga pengarah syarikatnya.

 

Atau seorang banduan perogol bersiri yang juga mohon pengampunan dan sedang tunggu keputusan menjerit tuntut dia dibenarkan hadir mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah anaknya.

 

Maaf dalam bahasa kasar sikit,bunyinya memang...gila babi.- 25/2/2015


PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 619  tetamu dalam talian