17Jun2019

Apa cerita...? Gambar yang boleh redakan spekulasi

Kalau mengikut spekulasi yang berlegar bunyinya seolah UMNO kini sedang melalui saat yang cukup gawat sekarang.
 
Selain berdepan dengan khabar angin ramai Ahli Parlimen nak lompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)…UMNO juga sudah terima surat tunjuk sebab dari Pendaftar Pertubuhan kerana tidak lengkap hantar Borang 9.
 
Silap haribulan macam macam boleh berlaku.
 
Betulkah begitu?
 
Mungkin dua gambar ini boleh bercerita.
 
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi nampak relaks saja pada pagi Selasa.
 
Lebih menarik beliau berselfie dalam suasana mesra dalam Dewan Rakyat bersama bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
 
Bekas Menteri Pertahanan itu yang kebelakangan ini menyepi dari acara acara UMNO tidak kurang juga diselubungi dengan pelbagai spekulasi.
 
Cacatan ditulis Zahid pada twitternya berserta gambar itu mungkin boleh redakan spekulasi itu.
 
“Pagi ini bersama Sembrong ( Hishamuddin) di Parlimen. Hubungan peribadi kami sangat rapat sejak zaman Pemuda. Menyelamatkan UMNO dari terbubar atau dibubarkan menjadi keutamaan kami.”katanya.
 
Satu lagi gambar yang dimuatnaik bersama twitter Zahid pagi Selasa ialah bersama bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau.
 
Khairy kebelakangan ini dilihat seolah ‘loose cannon’ dalam UMNO.
 
Apapun ramai yang puji pretasi perbahasan beliau di Dewan Rakyat.
 
Zahid memberitahu mereka telah adakan perbincangan mengenai persiapan Bajet 2019 untuk pihak pembangkang.
 
Bajet 2019 akan dibentang oleh kerajaan Pakatan Harapan di Dewan Rakyat pada Jumaat 2 November ini.
 
“Selepas perbincangan bersama KJ ke arah persiapan bajet gagasan pembangkang. Tunggu hingga hari pembentangannya nanti. Sebagai ketua pembangkang saya mendokong isu2 & inisiatif2 yg akan dibawa oleh Ahli2 Parlimen pembangkang dlm perbahasan bajet kelak,”kata Zahid pada catatan twitter berkenaan.- 30/10/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 441  tetamu dalam talian