15Julai2019

Apa cerita…?

Nampaknya gambar ini cukup hot di media sosial.Dengar cerita ramai yang korek sana sini nak tahu apa yang dibualkan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan Datuk Seri Nazri Aziz. 
 
Lebih menarik mereka kemudian disertai oleh beberapa ahli Parlimen UMNO yang lain.
 
Aksi mereka semua nampak cukup mesra semasa gambar ini yang dirakam di ruang rehat bangun Parlimen  pada Khamis.
 
Bagi  mereka yang selalu ‘berkampong’ di situ semasa sidang Dewan Rakyat detik detik mesra antara Ahli Parlimen kerajaan dengan pembangkang adalah satu pemandangan biasa.
 
Namun dalam senario politik semasa yang sering diselubungi dengan segala macam spekulasi ia sudah tentu mencuri perhatian.
 
Apa nak hairan kalau aksi ini menjadi topik panas pasaran gosip politik.
 
Mungkin ada yang sakit mata melihatnya. 
 
Namun fikir lojiknya tidak mungkin mereka sedang buat  ‘kira kira’ di tempat terbuka begitu.- 15/11/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 307  tetamu dalam talian