20April2019

Annuar akui ada ‘lamaran’ MP UMNO sertai PPBM

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa tidak menafikan ada ‘lamaran’ untuk Ahli Parlimen dari UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, ramai ahli Parlimen UMNO yang dilamar, secara terus dan ada juga yang dilamar melalui individu perantaraan dengan tujuan untuk memperkuatkan PPBM.
 
“Ada pihak yang memikirkan untuk memperkuatkan Bersatu, memang ada ahli Parlimen UMNO yang dilamar dan panggil untuk berunding, yang tidak panggil tetapi pergi juga ada.
 
“Kita bukan tidak mempertimbangkan perkara itu kerana kita faham Bersatu terlalu lemah dengan hanya ada 13 kerusi dan parti itu juga boleh tidak stabil.
 
“Tapi UMNO juga ada tanggungjawab yang lebih besar misalnya kita dipilih sebagai wakil rakyat kita menang dengan logo BN selain tanggungjawab kepada rakyat dan di akhirat kelak,” katanya kepada kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.
 
Sebelum ini, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa kira-kira 40 Ahli Parlimen UMNO mungkin akan meninggalkan parti untuk menyertai PPBM.
 
Kenyataan itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial yang sangsi sama ada dakwaan itu benar  atau tidak.
 
Difahamkan usaha menarik ahli Parlimen UMNO dan BN ini mahu diselesaikan sebelum pembentangan Bajet 2019 pada Jumaat ini. – 29/10/2018 Oleh MAHIRAH ZAKARIA
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 307  tetamu dalam talian