05Disember2019

Agenda Daily

Aksi syahdu Guan Eng dalam Dewan Rakyat semasa perbahasan Bajet 2019…

Mungkin letih sangat jaga duit negara kot…Menteri Kewangan Lim Guan Eng ‘tertangkap’ dengan aksi syahdu dalam Dewan Rakyat Isnin.
 
Detik kejadian semasa Khairy Jamaluddin,Ahli Parlimen Rembau yang juga ‘Menteri Kewangan bayangan’ BN sedang membahaskan Bajet 2019.
 
Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa telah muatnaik gambar aksi Guan Eng menerusi laman twitter beliau.
 
“Shadow MenKew BN (Menteri Kewangan bayangan BN) sedang membahaskan Bajet 2019 mengemukakan Initiatif Ekonomi Rakyat(IER) / bajet alternatif.
 
“MenKew ( Menteri Kewangan ) kerajaan tertidur... atau terus tidur?” tulis Setiausaha Agung UMNO itu.
 
Agak lawak disebalik senario ini kalangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang mencelah ketika itu telah puji melambung Guan Eng kerana turut hadir untuk mendengar perbahasan Bajet 2019.
 
Khairy merupakan pembahas pertama bajet berkenaan yang dibentang Guan Eng di Parlimen pada Jumaat 2 November lalu.- 12/11/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 336  tetamu dalam talian