27November2020

Agenda Daily

Ahli Parlimen Kepala Batas nafi kahwin lagi...dengan Mas Anizan

reezal-mas513Orang putih kata, 'lies would have travelled half-way around the world before truth put its boots on'. Al kisah kes naya yang Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal  Merican kena tanggung.Ini gara-gara tersebar laporan blog-blog hiburan dan politik kononnya beliau sudah berkahwin tiga dengan seorang bekas artis.

Artis yang digembar-gemburkan menjadi isteri terbaharunya itu ialah Mas Anizan, bekas isteri Allahyarham ahli perniagaan dari Pahang, Datuk Ali Bapoo.

“Laporan itu tak betul. Ia fitnah semata-mata. Saya masih bersama isteri pertama saya (Ismalina Ismail) dan isteri kedua (Sharifah Noorhaslinda). Kedua-dua perkahwinan saya  itu menerusi “direct negotiation bukan menerusi  tender, tau” katanya dalam nada berseloroh.

“Saya ada dua dapur, dua rumah dan anak tujuh. Ada orang mempunyai satu rumah tetapi banyak restoran,” tambahnya cara berjenaka lagi.

Reezal berkata demikian ketika ditemui wartawan Agendadaily di lounge kenamaan parlimen pagi Selasa.

Menurut Reezal, beberapa blog telahpun menarik balik laporan itu apabila menyedari bahawa ia tidak benar. Beliau juga berharap blog-blog lain yang masih belum berbuat demikian supaya melakukan perkara yang sama.

“Saya nak saman pun banyak sangat. Tetapi saya ingin tahu siapa yang memulakannya,” katanya.-2/7/2013 OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 543  tetamu dalam talian