14Disember2019

Agenda Daily

ADUN Guar Chempedak keluar UMNO…

UMNO kini tinggal dua orang sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah.
 
Ini ekoran langkah ADUN Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail pada Isnin mengumumkan keluar daripada UMNO dan menjadi ADUN Bebas.
 
Speaker DUN Kedah, Datuk Ahmad Kasim pada sidang DUN ke-14 Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama, di Wisma Darul Aman, di Alor Star beritahu Ku Abd Rahman sudah menyerahkan surat mengenai keputusannya mahu menjadi ADUN Bebas semalam Ahad.
 
Ku Rahman yang merupakan ADUN selama tiga penggal ialah Exco Kerajaan Negeri semasa pentabiran BN dulu.
 
Dewan Undangan Negeri Kedah ada 36 ADUN.Seramai 18 ialah ADUN Pakatan Harapan 15 PAS dan 2 UMNO,1 Bebas.
 
ADUN UMNO di Kedah kini cuma Datuk Suraya Yaakob di Sungai Tiang dan Datuk Noor Sabrina Mohd Noor di Bandar Bharu..- 12/11/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 403  tetamu dalam talian