19Ogos2019

Itu dia punya pasal...

nik-karpalccxxKEMASKINI : Sandiwara kunjungan mesra Datuk Nik Aziz Nik Mat ke rumah Karpal Singh di Pulau Pinang baru-baru ini nampaknya tidak tahan lama.Siapa sangka Musyridul Am PAS itu terpaksa keluar kata-kata ' itu dia punya pasal' pada Singa DAP itu.

Menteri Besar kelantan itu memberi reaksi itu sebagai menyanggah kenyataan terbaru Karpal Singh yang terbuka kata isu Kalimah Allah belum selesai.

"Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia  punya pasal. Dia tidak tahu mengenai PAS kecuali orang PAS,"katanya pada wartawan Ahad.

Sebelum ini media PAS dan pembangkang dengan bangganya menyiarkan gambar kunjungan pada hari Maulud Nabi untuk sambut hari jadi Karpal Singh di rumahnya,

Gambarannya seolah keduanya begitu saling toleransi dan cukup mesra dicelah kontroversi isu kalimah Allah.

Namun panas tidak sampai ke petang.Karpal Singh sudah simbah hujan ditengah hari.-3/2/2013


Aduh mak...Tok Guru!!!


Kali ini Pengerusi DAP Karpal Singh ‘betul’ dalam isu kalimah Allah apabila menyatakan isu itu belum selesai.Memang betul, isu tersebut memang belum selesai selagi majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak bermesyuarat memutuskan sama ada kekal menerima ketetapan Datuk Seri Hadi Awang dalam mesyuarat  8 Januari atau keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
 
Sebab itu, Karpal Singh terus persoal perkara itu malah membidas Presiden PAS itu serta Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendakwa isu tersebut sudah selesai.
 
Pemimpin veteran DAP itu yang dilabel anti hudud dan Islam oleh bekas timbalan Presiden PAS, Nasarudin Mat Isa bukan sahaja menafikan dakwaan PAS bahawa isu tersebut sudah selesai malah turut kesal dengan  kenyataan Hadi kononnya Karpal sudah menerima pendirian PAS setelah berjumpa Nik Aziz baru-baru ini.
 
"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya. "Kita masih meminta Majlis Syura PAS untuk mempertimbangkan supaya kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.
 
Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan Nik  Aziz di rumahnya di Pulau Pinang minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.
 
Baginya, pertemuan itu hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.
 
"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.
 
"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah Allah yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura PAS,"
 katanya.
 
Karpal yang jelas kecewa dengan kenyataan PAS mendesak parti itu mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.
 
Hebat sungguh Karpal kerana mahu pemimpin PAS termasuk Hadi membelakang keputusan Majlis Syura Ulamak dan kekal dengan ketetapan yang dibuat parti itu pada 8 Januari lalu.
 
"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada PAS," katanya pada sidang media di Air Itam di Pulau Pinang, Sabtu.
 
Penyakit Nik Aziz suka menyalahkan orang lain dan mahu dengar cakapnya saja sudah berjangkit kepada Karpal.
 
Jelaslah juga Karpal belum tahu peranan Majlis Syura Ulamak PAS – badan tertinggi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.
 
Sepatutnya, beliau tahu kuasa majlis berkenaan apabila Hadi, Nik Aziz dan pemimpin lain yang sebelum itu setuju kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible Bahasa Melayu tiba-tiba ubah pendirian selepas
 keputusan Majlis Ulamak PAS.
 
Tindakan Karpal ini sudah tentu satu tamparan kepada pemimpin-pemimpin PAS kerana Karpal berani mempersoal dan memperkecil peranan Majlis Syura.

Ramai nak tengok pemimpin PAS mana yang sanggup ‘balun’ Karpal kerana mendesak PAS mengenepikan pendirian Majlis Syura.

Mungkin Datuk Naib Presiden Mahfuz Omar yang cukup galak buat kenyataan media, AJK Pusat,  Khalid Samad dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan antara yang awal-awal buat kenyataan hentam Karpal selepas ini.

Mungkin juga Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang selama ini nampak ‘agak diam’ dalam isu kalimah Allah akan bersuara garang termasuk mungkin anjur Himpunan Kebangkitan PAS bagi mempertahankan pendirian  parti itu yang diperkotak katik oleh Karpal.

Namun itu semua ‘tak mungkin’ kerana pemimpin-pemimpin tersebut tidak lebih sebagai ‘lalang’ yang hanya berani hentam UMNO dan pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan geng Anwarinas.
 
Hanya seorang sahaja yang boleh mengaum melawan ‘singa’ Karpal iaitu Nik Aziz.

Tetapi beranikah Nik Aziz? Atau Nik Aziz juga akan kata Karpal akan masuk neraka kerana tidak terima keputusan Majlis Syura Ulamak macam mana Menteri Besar itu kata kepada menteri yang tidak beri royalti  minyak kepada Kelantan?

Atau Nik Aziz nak ceraikan Karpal dan DAP daripada perkahwinan tidor sebantal mimpi lain-lain dalam pembangkang selama ini?

Jawapannya pada Nik Aziz bukan pada PAS lagi kerana Nik Aziz menentukan segala-galanya dalam PAS sebab beliaulah pengerusi Majlis Syura Ulama dan PAS juga adalah Parti (Nik) Aziz Seorang.

Tentu ramai nak dengar Nik Aziz kata pada Karpal,” Saya pengerusi mesyuarat (Majlis Ulamak) dan tak siapa boleh bantah! “.

Kalau beliau boleh seangkuh itu ketika menjawab isu pemecatan Nasharudin, sepatutnya Nik Aziz kena bertegas terhadap Karpal.

Apapun, Karpal sudah tunjuk dengan jelas kepada PAS langit itu tinggi atau rendah kalau nak berdakap mesra dengan DAP. – 2/2/2013- OLEH ROSLAN BIAN

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 234  tetamu dalam talian