21Mac2019

Tragedi ngeri ...23 pelajar dan warden terkorban dalam kebakaran pusat Tahfiz...mayat bertindih

Laungan azan kedengaran berkumandang pada surau dan masjid sekitar ketika api sedang marak dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di Kuala Lumpur awal pagi Khamis.

Sehingga berita ini ditulis, 23 orang sudah disahkan meninggal dunia - 23 pelajar yang berumur antara 13-17 tahun dan dua warden pusat itu .

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan tiga tingkat itu.

Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal.

Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz tiga tingkat itu, dipercayai tempat pelajar serta warden tidur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh memberitahu semua mayat yang ditemui di tingkat paling atas dalam keadaan rentung dan bertindih antara sama lain.
 
Katanya mayat-mayat  ditemui di dua kawasan berasingan di tingkat berkenaan. 
 
Katanya pusat tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar masuk dan menyebabkan sebahagian penghuni terperangkap serta gagal menyelamatkan diri.
 
Keadaan tingkap di madrasah berkenaan juga tidak mempunyai aspek keselamatan yang membolehkan ia digunakan untuk kecemasan.

Beliau dipercayai merujuk kepada semua tingkap yang bergeriji.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor antara paling awal berada dilokasi mendengar taklimat pihak berkuasa selain menenangkan waris.-14/9/2017


PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 547  tetamu dalam talian