27November2020

Agenda Daily

Pusat Media MH370 ditutup minggu depan

mh-pusatmediaGenap sebulan selepas kehilangan pesawat MH370, mulai minggu depan, Pusat Media MH370 yang kini di PWTC akan ditutup.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan kata semua perkembangan akan diberitahu melalui email mulai 8 April.

Dalam satu kenyataan petang Rabu, Kementerian Pengangkutan memberitahu hari terakhir pusat media di PWTC beroperasi adalah pada 7 April.

"Bermula 8 April, sekirannya ada sebarang kenyataan akhbar berkaitan MH370 ia akan terus diemailkan kepada media.

"Media akan dimaklumkan dan dijemput lebih awal sekiranya ada sebarang sidang akhbar," kata kenyataan tersebut.

Pusat media berkaitan MH370 bermula di Hotel Sama-Sama di Sepang sebaik sahaja pesawat Boeing 777-200ER itu hilang pada 8 Mac.

Pusat media berkenaan bagaimanapun dipindahkan ke PWTC pada 23 Mac berikutan Hotel Sama-Sama telah ditempah lebih awal oleh pengunjung yang mahu menyaksikan Perlumbaan F1.-3/4/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 429  tetamu dalam talian