14Disember2019

Agenda Daily

Peguam waris MH370 arah MAS henti komunikasi

mas-keluarha-hishamMalaysia Airlines (MAS) pada Isnin menjelaskan mereka tidak "meninggalkan" keluarga kru penerbangan MH370 yang mendapatkan bantuan perundangan.

Syarikat itu dalam kenyataan menjelaskan sesetengah anggota keluarga anak kapal terbabit mendapatkan khidmat peguam asing bagi mewakili kepentingan mereka.

"Peguam warga asing itu mengarahkan MAS menghentikan komunikasi secara langsung dengan anak guam mereka dan hanya berhubung dengan mereka," kata kenyataan itu.

Bagi keluarga yang tidak diwakili peguam, syarikat itu berhubung dengan mereka menerusi Pusat Sokongan Keluarga (FSC) dan sentiasa menyalurkan maklumat terkini daripada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dan kerajaan Malaysia.

"MAS ingin mengulangi bahawa kami akan terus menawarkan bantuan kepada keluarga anak kapal, akan tetapi komunikasi bagi keluarga yang diwakili peguam asing akan dilakukan menerusi peguam mereka memandangkan itu arahan yang diberi," kata kenyataan itu.

Media melaporkan keluarga tujuh anak kapal penerbangan MH370 mendakwa mereka "ditinggalkan" oleh syarikat penerbangan tersebut kerana mendapatkan khidmat perundangan.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang pada awal pagi 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Operasi pencarian masih dijalankan di perairan barat Australia di selatan Lautan Hindi.-19/5/2014 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 383  tetamu dalam talian