05Disember2019

Agenda Daily

MH370: Sistem komunikasi Bluefin-21 rosak

mh-bluefin513selamOperasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditangguhkan hari ini selepas kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-2 mengalami masalah pada sistem komunikasinya.

Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) yang mengetuai operasi sejak tiga bulan lalu berkata peralatan komunikasi Bluefin-21 mengalami kerosakan pada hari pertama operasinya selepas lebih dua minggu menjalani kerja penyelenggaraan.

Kejadian itu disedari semalam JACC selepas dua jam Bluefin-21 menjalankan misi menyelam di dasar Lautan Hindi iaitu kira-kira 1,600 kilometer (km) di barat daya Perth.

“Perkara itu dikesan selepas pemeriksaan terhadap sistem komunikasinya mengalami masalah dengan sistem transponder pada kapal Ocean Shield,” kata JACC dalam satu kenyataan hari ini. – REUTERS

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 291  tetamu dalam talian