27Oktober2020

Agenda Daily

MH370: Sekarang tempoh 'tenang sebelum ribut' - Hishammuddin

mh-hishampcvPengesahan lima isyarat yang dikesan di Lautan Hindi mengambil masa sebelum boleh diumumkan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin.

Beliau berkata, Pusat Penyerlarasan Agensi Bersama (JACC) Australia masih belum dapat mengesahkan sama ada isyarat yang dikesan beberapa hari yang lalu itu mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

"Ia mengambil masa beberapa hari untuk mengenal pasti isyarat tersebut. Hubungan dan kerjasama kita dengan JACC cukup rapat dan kalau ada kepastian ia akan dimaklumkan kepada kita

"Saya dan pihak Austaralia berpuas hati cara penggunaan Kapal Tentera Diraja Australia, Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan ping dari Amerika Syarikat.Mereka cuba mengenal pasti isyarat yang datang dari bawah laut," tegas Hishammuddin.

Hishammuddin berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan perbincangan dengan pasukan penyiasat MH370 di sini hari ini.

Jelas Menteri Pertahanan itu, apabila pengesahan telah diperolehi mengenai isyarat berkenaan masih banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Apabila kita dapat maklumat mengenai isyarat ini, kita akan memasuki fasa yang baru.Kita cakap mengenai perjalanan yang jauh ini," jelas beliau.

Menurutnya, tempoh keadaan yang dianggap 'tenang selepas ribut' sekarang merupakan masa yang terbaik bagi tiga jawatankuasa yang ditubuhkan sebelum ini untuk bermesyuarat hari ini.

"Ia ada kaitan dengan keluarga, undang-undnag dan aset yang diperlukan selepas ini dan juga dari segi teknikal pakar-pakar yang datang dari NTSB AS, AAIB dari UK, JACC, dari China, dari Boeing dan dari Roll Royce.

"Semua ini memberikan kita masa yang ada untuk meneruskan perbincangan dan mesyuarat tanpa diganggu oleh spekulasi dan media," jelas Hishammuddin.

Jawatankuasa berkenaan adalah Jawatankuasa Waris Keluarga yang diketuai oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, yang bertujuan memantau segala aspek berkaitan ahli keluarga.

Jawatankuasa Teknikal, Pembentukan dan Lantikan Pasukan Penyiasat yang diketuai Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Jawatankuasa Penghantaran Aset Untuk Operasi Mencari, yang diketuai Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Hishammuddin hari ini turut menerima kunjungan hormat Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun.-10/4/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 486  tetamu dalam talian