12Disember2019

Agenda Daily

MH370: Pencarian bawah laut disambung selepas dua bulan

mh-bluefin513selamPihak berkuasa memaklumkan ia akan mengambil masa lebih dua bulan untuk peralatan dalam air yang baru dan lebih sofistikated membantu dalam operasi pencarian pesawat MH370 yang turut akan memainkan peranan untuk membuat pencarian di dasar laut.

Dalam kata lain, pencarian MH370 sejak 8 Mac lalu, hanya akan disambung semula dua bulan lagi, selepas berhenti pada hujung April lalu.

AFP melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss mengakui operasi pencarian fasa baru ini akan mengambil masa yang lama berikutan kawasan pencarian di dasar laut yang dalam beberapa kilometer ke bawah selain beberapa kawasan lagi belum dapat dijelajah yang memerlukan peralatan sonar dan kenderaan bawah air autonomi lain.

Beliau berkata, peralatan baru itu akan diperoleh melalui proses tender tetapi ianya dijangka mengambil dua bulan sebelum peralatan itu boleh digunakan.

“Proses pemetaan oseanografi diperlukan untuk lebih memahami kawasan fokus baru.

“Kami lebih optimistik yang mampu lakukan semua ini dalam masa satu hingga dua bulan supaya mempunyai lebih peralatan di air dalam masa beberapa bulan,” katanya selepas mengadakan mesyuarat tiga hala bersama Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang.

“Buat masa sekarang, kita masih menggunakan Bluefin 21 dan akan meneruskan kerja oseanografi yang perlu dilakukan supaya tiada gangguan dalam operasi pencarian,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin menjelaskan tiada sebarang maklumat berkenaan dakwaan rakaman audio antara juruterbang dan menara trafik udara yang dikatakan telah “diubahsuai”.

Menurut beliau pihaknya tidak menerima sebarang informasi berkenaan dakwaan rakaman audio yang telah didedahkan kepada umum dalam laporan awal kehilangan pesawat tersebut minggu lalu telah “disunting”.

Setiap dokumen yang didedahkan...sudah tertentu akan membawa kepada bermacam-macam spekulasi..terutamanya dalam rakaman audio tersebut. Namun, saya masih tidak menerima sebarang informasi berkenaan dakwaan ianya telah diubah,” beliau memberitahu pemberita dalam sidang media di Canberra, Australia Isnin.

Dalam laporan sebuah agensi berita Amerika Syarikat, NBC News yang telah memetik kenyataan pakar audio yang mendakwa bahawa terdapat jelas “empat ruang masa” yang dianggap sebagai suntingan “aneh”.

Agensi berita berkenaan memetik pakar forensik audio-video dan penyiasat, Ed Primeau dan pemeriksa forensik audio yang bertugas di Forensik Audio di Los Angeles.

Laporan yang sama juga dipetik melalui Tom Owen, seorang konsultan audio analisis Owen Forensic Services yang juga pengerusi emeritus American Board of Recorded Evidence yang mengatakan bahawa suntingan tersebut sememangnya sudah dijangka.-5/5/2014


MH370: Panel pakar periksa ulang semua data....

Selepas hampir 60 hari berlalu begitu sahaja... satu panel pakar akan dipanggil untuk memeriksa ulang semula semua data yang dikumpulkan sejak dua bulan misi pencarian MH370 bagi memastikan kawasan carian di Lautan Hindi adalah lokasi yang betul.

Pegawai kanan dari Malaysia, Australia dan China bertemu di ibu negara Australia hari ini untuk merangka tindakan seterusnya dalam misi mencari MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Kawasan tumpuan sekarang di dasar laut selepas pasukan analisis mengenal pasti kedudukan pesawat berdasarkan data satelit dan radar.

Ketua Agensi Penyelarasan Bersama (JACC), Angus Houston, berkata data berkenaan akan dianalisis semula dan digabungkan dengan maklumat yang diperoleh sepanjang operasi pencarian sebelum ini.

JACC baru-baru ini mengumumkan penamatan misi carian udara dan kini hanya misi carian laut dalam diteruskan.

Berikutan itu juga, dua pesawat Ilyushin IL-76s milik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi berlepas pulang ke China pagi Ahad.

Pesawat moden itu sebelum ini singgah di Pangkalan Udara Subang petang Sabtu, selepas menamatkan misi pencarian MH370 di Perth, Australia.

Pesawat itu bagaimanapun berlepas pulang ke China pada jam 8 pagi dan 8.30 pagi dengan membawa 38 anak kapal.

Sebelum ini operasi dua pesawat itu yang diketuai Kolonel Kanan Liu Dian Jun melakukan usaha pencarian dari udara di Lautan Hindi selama lebih 30 hari menerusi Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Pearce, Perth, Australia.

Bagaimanapun usaha itu digantung berikutan pengumuman pencarian memasuki fasa baharu membabitkan tumpuan pencarian di dasar laut.

Tindakan sama turut diambil oleh pasukan tentera udara dari New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas gagal menemui sebarang bangkai atau serpihan pesawat di permukaan laut.-5/5/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 211  tetamu dalam talian