15Ogos2020

Agenda Daily

MH370: Najib bidas Anwar, perbodohkan rakyat...

mh-najib-anwar513“Maka kalau ada yang mendakwa konon kalau diberi kuasa kepada dia, dalam satu saat dia boleh cari pesawat MH370 tersebut, memanglah tidak masuk akal sama sekali, malah boleh dikatakan memeperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat Malaysia keseluruhannya,”

Itu ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dengan angkuh menyatakan mampu menyelesaikan krisis kehilangan MH370 dalam masa satu saat.

Selain menegaskan kenyataan itu sebagai tidak masuk akal, Najib juga menyifatkan Anwar telah memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat di negara ini.

Najib berkata demikian dalam ucapannya pada Perhimpunan Khas bersama warga Kementerian Kewangan.

Tambah Najib selama ini, usaha pencarian MH370 memperlihatkan bertapa perlunya sokongan daripada negara luar di rantau ini mahupun di luar.

Ini kerana kehilangan pesawat berkenaan sangat rumit dan cabaran dan usaha mencarinya adalah sangat di luar dugaan.

Pada 5 April lepas, sebuah akhbar Cina menyiarkan sebuah artikel wawancara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majalah Southern Weekly bahawa jika dirinya Perdana Menteri, beliau hanya memerlukan satu saat untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370.

Beliau yang ditemubual oleh wartawan, Chang Long Yan berkata insiden itu menunjukkan pengurusan pentadbiran kerajaan hari ini adalah teruk.

Kerajaan katanya tidak mempercayai juruterbang, mengawal media massa, tidak mempunyai pegawai berkelayakan serta tiada pasukan cendekiawan yang mampu memberi nasihat.

Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, Najib mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston, hari ini berkata sebanyak sembilan pesawat tentera, dua pesawat awam dan 11 kapal membantu dalam misi pencarian MH370.

Selain itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) merancang untuk membuat pencarian di udara membabitkan 62,063 kilometer persegi dan lokasi sasaran berada pada 2,170 kilometer barat laut Perth.-15/4/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 474  tetamu dalam talian