14Disember2019

Agenda Daily

MH370: Misteri autopilot...

mh-baru513Sejak Khamis heboh mengenai laporan terperinci yang dibacakan Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss di Parlimen negera itu yang antara lain merumuskan bahawa pesawat Boeing 777-200ER MH370 yang hilang secara misteri awal Mac lalu menggunakan kawalan autopilot terbang ke Lautan Hindi.

Apa yang menyebabkan heboh dikalangan pemerhati industri penerbangan adalah mengenai tiga kemungkinan, pertama siapakah yang set kawalan autopilot tersebut?

Kedua apakah ia dilakukan kerana kemalangan atau disengajakan, dan ketiga apakah ia dilakukan oleh orang dalam pesawat ataupun dari luar pesawat.

Ia persoalan penting yang berlegar kerana selepas hampir empat bulan, pesawat tersebut hilang begitu saja tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Menurut Warren Truss, pesawat tersebut dipercayai menggunakan sistem kawalan autopilot sebelum dilaporkan hilang.

"Pesawat itu hampir pasti menggunakan sistem kawalan autopilot. Jika tidak pesawat itu tidak akan terbang mengikut laluan teratur seperti dikesan beberapa buah satelit," katanya.

Namun, beliau berkata, penyiasat belum dapat merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut dan berdasarkan analisis keseluruhan maklumat itu, mereka yakin MH370 menggunakan fungsi autopilot.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Sebelum ini,  menulis mengenai kemungkinan pesawat tersebut dikawal secara autopilot.

Menurut Dr Mahathir, pada 2006, Boeing menerima sistem data milik Amerika Syarikat untuk satu sistem apabila diaktifkan mampu mengawal semua kawalan dari juruterbang untuk kembali sebuah pesawat komersial secara automatik ke lokasi pendaratan yang telah ditetapkan .

Beliau menyebut satu rencana oleh John Croft dalam Flightglobal.com pada 1 Disember 2006 yang menyatakan bahawa ‘autopilot akan diaktifkan – sama ada oleh juruterbang, pemerhati lembaga atau melalui radio mahupun satelit yang berkaitan dengan agensi-agensi kerajaan seperti Agensi Perisikan Pusat, jika pengganas cuba untuk mengawal penerbangan.

“Jelas sekali Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih ‘kawalan tidak terganggu’ daripada penerbangan komersial yang mana salah satunya adalah MH370,” kata Mahathir.

mas-haixun1dxx

Mahathir berkata, percubaan untuk mengesan kapal terbang dengan mencari serpihan dan minyak licin adalah satu pembaziran wang, sambil menambah bahawa ini bukanlah satu kemalangan biasa dan yang pesawat itu di suatu tempat, mungkin tanpa penanda MAS.

“Boeing perlu menjelaskan mengenai apa yang dipanggil anti keganasan sistem auto ini,"ujarnya dalam satu rencana di blognya Mei lalu.

Beliau kemudian turut mencadangkan Boeing dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dipersoalkan di atas kehilangan pesawat MH370.

“Seseorang menyembunyikan sesuatu. Ia tidak adil kerana Penerbangan Malaysia (MAS) dan Malaysia yang dipersalahkan,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir menyatakan pandangan dan teori kepada keadaan dan menegaskan bahawa sesuatu yang lain timbul dan media tidak akan menyiarkan apa-apa mengenai adalah mengenai Boeing atau CIA.

“Mereka boleh mendarat dengan selamat atau mereka mungkin kemalangan, tetapi kapal terbang tidak boleh hilang. Lebih-lebih lagi hari ini sistem komunikasi berkuasa yang beroperasi hampir dalam tempoh yang lama dan mempunyai kapasiti simpanan yang besar ,” jelasnya.

mh-lautanhindix

Beliau percaya sistem pengesanan pada pesawat itu sengaja dilumpuhkan dan mempersoalkan di mana data pesawat, yang sepatutnya dirakamkan oleh satelit.

“MH370 adalah pesawat Boeing 777. Ia dibina dan dilengkapi  komunikasi dan peralatan GPS telah dipasang oleh Boeing.

“Jika mereka gagal atau dilumpuhkan, Boeing perlu tahu bagaimana ia boleh berlaku dan sudah tentu Boeing akan memastikan mereka tidak boleh dilumpuhkan dengan mudah kerana melibatkan keselamatan dan operasi kapal terbang, ” katanya.

Sementara itu, akhbar Australia Sydney Morning Herald melaporkan Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Amerika Serikat (FAA) pada 2013 pernah mengeluarkan peringatan berkaitan dengan kecatatan bahagian di bawah antena Boeing 777.

Mereka mengeluarkan peringatan ke seluruh dunia untuk membaiki segera masalah itu kerana berpotensi menyebabkan dekompresi (kehilangan udara), keadaan yang menyebabkan penumpang di dalam kabin pengsan.

Kerosakan pertama pada pesawat Boeing 777 itu dikesan pada 12 Jun 2013. Selepas pemeriksaan ke atas Boeing 777 berusia 14 tahun milik sebuah syarikat penerbangan (tidak dinamakan) menemukan retak sepanjang 16 inci, kata FAA.

Badan ini kemudiannya mengarahkan semua syarikat penerbangan memberi perhatian terhadap 'arahan baru' penyelenggaraan yang dikeluarkan oleh Boeing untuk pesawat jenis 777. Dalam arahan baru itu, pemeriksaan harus dilakukan berulang pada lapisan (kulit) badan pesawat untuk memeriksa retakan atau seumpamanya.

Menurut laporan tersebut, kegagalan struktur pesawat yang berkaitan dengan kecacatan yang ditemui itu tidak sahaja menyebabkan kehilangan tekanan udara yang menyebabkan penumpang dan anak kapal pengsan tetapi juga mempengaruhi sistem komunikasi satelit termasuk Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS).

Pesawat MH370 milik MAS itu hilang sejak 8 Jun lalu membawa 239 penumpang dan anak kapal. Pesawat itu tidak membuat sebarang komunikasi dengan menara kawalan selepas sejam 10 minit berada di udara dalam penerbangan selama enam jam ke Beijing.

Ia kemudiannya disahkan berpatah balik dan terbang ke karidor selatan di Lautan Hindi sehingga dipercayai terhempas di kawasan terpencil di lautan ketiga paling besar di dunia itu.-27/6/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 400  tetamu dalam talian