05Disember2019

Agenda Daily

MH370: Malaysia minta tambah lagi kapal cari MH370

Menjelang tarikh akhir yang ditetapkan pihak berkuasa Australia mengenai pencarian MH370 iaitu Mei ini... Malaysia sedang berbincang dengan negara itu dan China untuk menggunakan kapal ‘Fugro Supporter’ bagimisi pencarian pesawat malang itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lebih banyak kelengkapan perlu digunakan berikutan kesulitan yang dihadapi misi mencari pesawat itu di selatan Lautan Hindi.

Katanya ketika ini, tiga kapal terlibat dalam operasi mencari pesawat berkenaan iaitu ‘Go Phoenix’, ‘Fugro Discovery’ dan ‘Fugro Equator’.

“Kami sedang berusaha menambah satu lagi kapal dan apabila tiba masanya, kami akan buat pengumuman mengenainya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Kem Latihan Kader MCA Negeri Sembilan hari ini.

Operasi mencari Penerbangan MH370 kini memasuki bulan kesembilan sejak ia hilang pada 2.40 pagi 8 Mac tahun lepas.

Pesawat membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Liow berkata setakat ini, kerja mencari di dasar laut meliputi 26 peratus daripada 60,000 kilometer persegi kawasan pencarian.

Mengenai pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pula, Liow berkata beliau berharap kotak hitam pesawat itu segera dijumpai berikutan laporan yang menyatakan isyarat pingnya kini semakin kuat.

“Kita berharap usaha mencari pesawat dan lebih ramai mangsa akan dapat diteruskan memandangkan cuaca baik. Malaysia akan terus membantu, bukan sahaja dalam misi mencari dan menyelamat, malah dalam siasatan,” katanya.-12/1/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 272  tetamu dalam talian