27November2020

Agenda Daily

MH370: Ku Nan kecam tindakan tohmah kerajaan

kunan-mhTindakan segelintir penyokong pembangkang menyebarkan tohmahan dan fitnah ke atas usaha kerajaan mencari pesawat MH370 yang hilang dikecam hebat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurutnya, tindakan pihak terbabit yang mempersoalkan kemampuan kerajaan menguruskan insiden itu tidak membantu keadaan memandangkan kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu.

Selain pembangkang, Tengku Adnan turut mengecam tindakan media antarabangsa yang memburuk-burukkan imej negara dengan menyebarkan cerita-cerita spekulasi dan tidak benar berhubung insiden itu.

“Saya berkeyakinan, kerajaan ini merupakan kerajaan yang berperikemanusiaan, kita bukan kerajaan yang rakus, bukan kerajaan yang inginkan semua ini berlaku. Peristiwa ini kita mesti ambil ia sebagai satu iktibar,” katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan melahirkan rasa sedih dan berkata, tiada pihak yang menjangkakan perkara seumpama ini akan terjadi.

Tengku Adnan berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga ahli keluarga bekas pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Noorida Hashim yang terlibat dalam penerbangan MH370 itu di Lobi Menara DBKL hari ini.  Noorida merupakan pegawai Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar yang telah berkhidmat di DBKL sejak 1978.

Katanya, Noorida sepatutnya bersara secara rasmi pada 1 April iaitu semalam, setelah memohon untuk bersara secara pilihan pada Mei 2013.

“Noorida yang merupakan adik beradik isteri kepada Datuk Mohamed Ramli Abbas menggunakan penerbangan itu untuk bercuti ke Beijing,” katanya.

Sumbangan itu diserahkan kepada sepupu Noorida yang juga merupakan pekerja DBKL, Fadilah Badur.

Ketika ditemui di Menara DBKL, Fadilah berterima kasih kepada DBKL atas keprihatinan mereka membantu meringankan beban keluarga.

-2/4/2014

kunan-mh1

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 588  tetamu dalam talian