27Februari2021

Agenda Daily

Artikel

MH370: Juruterbang Air Asia digantung tugas

tony3-513Seorang pegawai kanan Air Asia X telah digantung tugas selepas menghantar satu mesej awam di Facebook yang menafikan pesawat MH370 telah terhempas dan menunjukkan bahawa kerajaan telah menyembunyikan maklumat mengenai pesawat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan penggantungan itu lewat malam Selasa melalui Twitter, menyatakan bahawa penggantungan itu dibuat sementara menunggu siasatan terhadap pegawai berkenaan telah melanggar dasar syarikat.

"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," tulisnya.

Sementara itu, Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan.

"(Ada) arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. (Ada) tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan (orang lain)," katanya, juga di Twitter.

Ketika dihubungi, AirAsia X berkata tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara itu.

Kenyataanya itu timbul selepas beberapa blog menyebarkan gambar didakwa sebagai tulisan juruterbang tersebut di Facebook.

Dalam tulisan itu, juruterbang berkenaan didakwa mengkritik kerajaan kerana mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.-26/3/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 351  tetamu dalam talian